Selangor King of Mountain (SKOM) 2026

PROGRAM SELANGOR KING OF MOUNTAIN (SKOM) 2026

Kuala Kubu Bharu | 13 September 2026
Suasana penuh semangat mewarnai Dataran Warisan, Kuala Kubu Bharu apabila Selangor King of Mountain (SKOM) 2026 memulakan kayuhan rasminya melibatkan 800 peserta dari hampir 21 negara, termasuk Filipina, Jepun, Indonesia, Ukraine, Singapura, China, United Kingdom, Belanda, dan Jerman.
Majlis pelepasan telah disempurnakan oleh Timbalan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hulu Selangor, Puan Dewi Dirwana Binti Munasir, bersama Penyelaras Parlimen Hulu Selangor, Dr. Sathia Prakash Nadarajan, Ahli-Ahli Majlis serta Pengarah-Pengarah Jabatan Majlis Perbandaran Hulu Selangor.
SKOM merupakan salah satu acara tahunan Majlis Perbandaran Hulu Selangor dan turut menjadi salah satu program utama Tahun Melawat Selangor 2026 serta Tahun Melawat Malaysia 2026, sekaligus memperkukuh kedudukan Hulu Selangor sebagai destinasi pelancongan sukan bertaraf antarabangsa.
Tahniah diucapkan kepada semua peserta yang menyertai Selangor King of Mountain 2026. Terima kasih kerana bersama-sama menjayakan acara berprestij ini dan memeriahkan Daerah Hulu Selangor.

QUICK LINKS

AGENCIES LINK

All rights reserved. © 2026 Hulu Selangor Municipal Council.

Hulu Selangor Municipal Council (HSMC),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Monday - Friday : 8:00am - 5:00pm

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my
logo isms versi 2022 06112025

  • Latest Update : Thursday 01 October 2026, 00:52:37.
Total Visitors :
01378370