Sesi Libat Urus Cadangan Baikpulih Imej Kawasan Perindustrian Kamunting, Bukit Sentosa

SESI LIBAT URUS CADANGAN BAIKPULIH IMEJ KAWASAN PERINDUSTRIAN KAMUNTING, BUKIT SENTOSA

17 Disember 2024, Bukit Sentosa - Kawasan Perindustrian Kamunting, Bukit Sentosa telah dipilih oleh Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) sebagai projek perintis dalam penyediaan pelan induk bagi baik pulih kawasan perindustrian di daerah Hulu Selangor. Sesi libat urus bersama komuniti industri telah dilaksanakan di Dewan Komuniti, Bukit Sentosa pada hari ini.

Projek ini akan dilaksanakan secara berfasa dan dijangka menjadi pemangkin kepada pembangunan yang lebih pesat, selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs) 2030. Inisiatif ini bertujuan mempromosikan pertumbuhan ekonomi inklusif, pembangunan infrastruktur lestari, dan mengukuhkan hubungan erat antara komuniti industri dengan MPHS.

Sesi ini dimulakan dengan ucapan aluan oleh Tuan Awaluddin bin Zakaria, Setiausaha MPHS, diikuti dengan pembentangan taklimat cadangan baik pulih imej kawasan perindustrian oleh TPr. Gs. Azlina binti Mokhtar, Pengarah Jabatan Perancang Bandar MPHS. Turut hadir, YBrs. Puan Julaihah binti Jamaludin, Yang Dipertua MPHS, yang telah memberikan amanat agar cadangan ini direalisasikan dengan jayanya mengikut fasa yang dirancang.

Dalam sesi ini, semua pengusaha diberi peluang untuk menyampaikan cadangan, pandangan, dan pertanyaan berkaitan premis serta kawasan perindustrian terbabit.

Diharapkan sesi ini menjadi platform efektif untuk mengenal pasti keperluan utama, termasuk penyelenggaraan infrastruktur dan anggaran kos bagi melaksanakan pembaikan menyeluruh. Kerjasama antara pihak industri dan MPHS adalah kunci kejayaan dalam memastikan kawasan perindustrian ini menjadi lebih kompetitif, mapan, dan mesra komuniti.

#DaripadaAndaUntukAnda

#MajuPerkasaHasilSemua

#HuluSelangorBandarRendahKarbon

#AllahPeliharakanlahHuluSelangor

#MPHSGo

QUICK LINKS

AGENCIES LINK

All rights reserved. © 2026 Hulu Selangor Municipal Council.

Hulu Selangor Municipal Council (HSMC),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Monday - Friday : 8:00am - 5:00pm

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my
logo isms versi 2022 06112025

  • Latest Update : Friday 05 March 2027, 07:15:16.
Total Visitors :
01203281