Sesi Libat Urus Projek Berimpak Tinggi Negeri Selangor bersama YAB Dato' Menteri Besar Selangor

SESI LIBAT URUS PROJEK BERIMPAK TINGGI NEGERI SELANGOR BAGI PENYEDIAAN BELANJAWAN NEGERI SELANGOR TAHUN 2027

Kuala Lumpur, 16​ Oktober 2026 - Sesi Libat Urus Projek Berimpak Tinggi Negeri Selangor bersama YAB Dato' Seri Amirudin Shari, Dato' Menteri Besar Selangor telah diadakan di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) bersempena Selangor International Business Summit (SIBS) 2026.
Hadir pada majlis ini YBrs. Puan Dewi Dirwana binti Munasir, Setiausaha merangkap Timbalan Yang Dipertua MPHS.
Sesi ini menjadi platform bagi membincangkan cadangan dan keutamaan projek pembangunan berimpak tinggi dalam usaha memperkukuh pertumbuhan ekonomi, kesejahteraan rakyat serta pembangunan mampan Negeri Selangor.
Penyertaan MPHS mencerminkan komitmen berterusan dalam menyokong aspirasi Kerajaan Negeri ke arah pembangunan Hulu Selangor yang lebih progresif, inklusif dan mampan.
 

QUICK LINKS

AGENCIES LINK

All rights reserved. © 2026 Hulu Selangor Municipal Council.

Hulu Selangor Municipal Council (HSMC),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Monday - Friday : 8:00am - 5:00pm

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my
logo isms versi 2022 06112025

  • Latest Update : Monday 19 October 2026, 08:04:42.
Total Visitors :
01392447