Sesi Libat Urus (Townhall) Dan Penyediaan Garis Panduan Pengurusan Perniagaan Aktiviti Perkhemahan Negeri Selangor

SESI LIBAT URUS (TOWNHALL) DAN PENYEDIAAN GARIS PANDUAN PENGURUSAN PERNIAGAAN AKTIVITI PERKHEMAHAN NEGERI SELANGOR
Satu sesi Town Hall Bersama pemain indusri kawasan perkhemahan telah diadakan di Dorsett Grand Subang Jaya hari ini bagi mendapatkan input sebelum sesi bengkel bagi merangka garis panduan pembangunan kawasan perkhemahan dijalankan dalam 3 hari ini. Sesi Townhall yang dirasmikan oleh Y.B Ng Sze Han 黄思汉 , Exco Kerajaan Tempatan Dan Pengangkutan Awam Negeri
Selangor turut dihadiri oleh Tuan Mohd Hasry bin Nor Mohd, Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Hulu Selangor Bersama 16 wakil-wakil kementerian, jabatan, agensi, Pihak Berkuasa Tempatan dan anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor.
Sesi ini turut melibatkan wakil Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan, Majlis Perbandaran Hulu Selangor MPHuluSelangor, Jabatan Kerja Raya, PLANMalaysia @ Selangor, Jabatan Perhutanan, Pejabat Daerah dan Tanah Negeri Selangor dan Tourism Selangor Sdn Bhd dan Persatuan Perkhemahan serta wakil industri.
Antara fokus bengkel yang akan dijalankan adalah merangka Garis Panduan bagi memberi kelulusan kepada premis-premis kawasan perkhemahan di Negeri Selangor.

QUICK LINKS

AGENCIES LINK

All rights reserved. © 2026 Hulu Selangor Municipal Council.

Hulu Selangor Municipal Council (HSMC),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Monday - Friday : 8:00am - 5:00pm

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my
logo isms versi 2022 06112025

  • Latest Update : Friday 09 January 2026, 07:25:52.
Total Visitors :
01149677