Sesi Penjurian Bagi Pertandingan Hiasan Citra Merdeka Sempena Bulan Kemerdekaan Majlis Perbandaran Hulu Selangor 2025
HULU SELANGOR,10 September 2025 – Majlis Perbandaran Hulu Selangor telah mengadakan Pertandingan Hiasan Citra Merdeka bagi kategori premis majlis dan telah menerima sebanyak 5 penyertaan. Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta telah dilantik sebagai urusetia bagi pentandingan tersebut dan pihak JPPH telah melantik 3 orang juri bagi sesi penjurian tersebut iaitu Encik Mohd Hazman bin Haron, Encik Zaid bin Zakaria Dan Encik Mohamad Aidil bin Abd. Manap.
Pertandingan telah disertai oleh:
1. Ice Cream & Lokching Amsyar, Kiosk 6 Taman Millenium KKB
2. Leez Tomyam Kalumpang Gerai No.5 Jalan Besar Kalumpang
3. Kiosk 4 MPHS Taman Awam Hulu Bernam
4. Restoran Warisan Nargati gerai No.7 Medan Selera Dataran Sentosa
5. MPHS Dataran Sentosa gerai no.8,9&10 Bukit Sentosa.
Penjurian dimulakan dari Taman Millenium KKB ke Kalumpang seterusnya ke Hulu Bernam dan terakhir ke Bukit Sentosa.Penjurian dilakukan berdasarkan beberapa kriteria diantaranya kreativiti, kekemasan, unsur patriotisme, infromasi, penggunaan bahan serta kesesuaian dengan ruang. Pemenang akan diumumkan kemudian.
Secara keseluruhannya, program ini dapat menanam semangat cintakan tanah air dan secara tidak langsung MPHS dapat beramah mesra bersama penyewa-penyewa premis MPHS.
#HuluSelangorBandarRendahKarbon
#AllahPerliharakanlahHuluSelangor