SESI TAKLIMAT & CABUTAN UNDI TAPAK
BAZAR RAMADAN MAMPAN MPHS 2026
Kuala Kubu Bharu, 23 Januari 2026 – Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) telah menganjurkan Sesi Taklimat dan Cabutan Undi Tapak Bazar Ramadan Mampan 2026 bertujuan memberi penerangan kepada peniaga serta memastikan proses pemilihan tapak bazar dilaksanakan secara telus, adil dan teratur.
Program dimulakan dengan Ucapan Aluan oleh En. Kamaruzzaman bin Abdul Rahman, Pengarah Jabatan Pelesenan dan Pembangunan Usahawan MPHS, yang menekankan kepentingan pematuhan syarat lesen, pengurusan bazar yang sistematik serta komitmen MPHS dalam memastikan pelaksanaan Bazar Ramadan yang mampan, bersih dan berdaya saing.
Beberapa sesi taklimat penting turut diadakan, antaranya Taklimat Kebersihan Pengendali Makanan dan Kempen “Jom Tak Nak Bazir” yang disampaikan oleh En. Aizul Azrin bin Mohd Badri, Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran MPHS.
Selain itu, taklimat berkaitan pelaksanaan sistem bayaran tanpa tunai (cashless) telah disampaikan oleh En. Norazmir bin Md Khadri, Penolong Pengurus Agrobank Cawangan Kuala Kubu Bharu.
Turut dikongsikan ialah maklumat berhubung penandaan tanda harga dan penggunaan timbangan oleh Encik Muhammad Iqbal bin Shafie daripada KPDN.
Program diakhiri dengan Cabutan Undi Tapak Bazar Ramadan Mampan MPHS 2026 yang dilaksanakan secara dalam talian. MPHS komited untuk memastikan pengurusan Bazar Ramadan yang tersusun, bersih dan selamat, demi kesejahteraan peniaga serta keselesaan pengunjung.
#HuluSelangorBandarRendahKarbon
















