Sesi Townhall Tapak Penjaja Taman Bunga Raya

Bukit Beruntung, 12 November 2024 - Jabatan Pelesenan Majlis Perbandaran Hulu Selangor telah mengadakan Sesi Townhall Tapak Penjaja kepada peniaga di kawasan tersebut.

Kehadiran penjaja seramai 116 orang bagi pengisian dan penghantaran borang untuk mendapatkan tapak penjaja di Taman Bunga Raya.

Turut hadir pada majlis tersebut En. Kamaruzzaman bin Abdul Rahman (Pengarah Jabatan Pelesenan MPHS) dan juga En. Ahmad Zuraimi bin Abdul Rahman (Pengurus Jabatan Khidmat Sokongan Medan Prestasi Sdn Bhd).

Sesi taklimat diberikan kepada penjaja berkaitan pematuhan syarat penjaja, kepentingan menjaga kebersihan dan kepentingan pelaksanaan bebas beg plastik.

Tapak penjaja tersebut akan diuruskan sepenuhnya dibawah Jabatan Pelesenan MPHS.

Kamaruzzaman berkata setiap penjaja perlu menanamkan sikap menjaga kebersihan dalam mengendalikan makanan dan juga kebersihan kawasan tapak yang baharu supaya dapat memberi keselesaan kepada pengunjung.

Sekali lagi ditekankan kepada semua penjaja dan pembantu bagi perniagaan jenis makanan/minuman, wajib mempunyai suntikan typhoid (TY2) dan juga sijil kursus pengendalian makanan yang diiktiraf.

Sesi Townhall yang dilaksanakan ini juga dapat memberikan ilmu pengetahuan kepada penjaja dan kepentingan pelaksanaan bebas beg plastik berdasarkan seruan daripada Kerajaan Negeri Selangor.

#DaripadaAndaUntukAnda

#MajuPerkasaHasilSemua

#HuluSelangorBandarRendahKarbon

#AllahPeliharakanlahHuluSelangor

#MPHSGo

QUICK LINKS

AGENCIES LINK

All rights reserved. © 2026 Hulu Selangor Municipal Council.

Hulu Selangor Municipal Council (HSMC),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Monday - Friday : 8:00am - 5:00pm

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my
logo isms versi 2022 06112025

  • Latest Update : Friday 05 March 2027, 07:15:16.
Total Visitors :
01203302