Sesi Ujian Fizikal Bagi Pengambilan Kakitangan MPHS Yang Baharu Tahun 2025.
19 Mei 2025, (Isnin) Taman Tasik Milenium KKB. Seramai 65 calon hadir daripada 80 calon yang layak bagi lantikan jawatan Penolong Jurutera JA5, Pembantu Penguatkuasa KP1, Pembantu Tadbir (P/O) N1 pagi ini.
Sesi penilaian ujian fizikal ini telah dikendalikan oleh Jabatan Penguatkuasaan Majlis Daerah Tanjong Malim dengan 10 anggota bersama Jabatan Penguatkuasaan MPHS dengan 11 anggota terlibat yang melaksanakan aktiviti kecergasan kepada calon-calon yang hadir.
Hadir sama pagi ini Ahli Majlis MPHS, Tuan Srikanth A/L Santrakandm dan Tuan Chinniah A/L Subramaniam sebagai panel temuduga serta memantau perjalanan sesi ujian fizikal ini.
Pihak Urus setia Perjawatan MPHS juga turut berkerjasama dengan 7 orang kakitangan AADK Hulu Selangor bagi ujian saringan air kencing calon-calon pada sesi ujian fizikal yang terlibat.
Encik Mohd Norazif bin Ahmad Tamsis, Pengarah Khidmat Pengurusan MPHS hadir sama pada sesi ujian fizikal dari awal sesi bagi memastikan ujian fizikal berjalan lancar dan selamat dengan bantuan pasukan perubatan dari APM Hulu Selangor seramai 4 orang anggota.
#HuluSelangorBandarRendahKarbon