Taklimat Garis Panduan Pengurusan dan Kewangan Ahli Majlis MPHS 2026

TAKLIMAT GARIS PANDUAN PENGURUSAN DAN KEWANGAN AHLI MAJLIS MPHS 2026

MPHS, 4 Mei 2026 (Isnin) - Sesi taklimat berkaitan Garis Panduan Ahli Majlis dan tatacara kewangan ini bertujuan memberi maklumat terkini yang lebih jelas kepada Ahli Majlis mengenai percukaian, kewangan dan pengurusan peruntukan Ahli Majlis mengikut peraturan atau arahan yang berkuatkuasa.

YBrs. Tuan Shaiful Rizza bin Hj. Piamin, Pengarah Perbendaharaan merangkap Penolong Setiausaha telah menyampaikan taklimat berkaitan percukaian dan pengurusan peruntukan Ahli Majlis termasuk perkara-perkara yang melibatkan tatacara pengisytiharan cukai pendapatan individu.

Dalam sesi yang sama, Encik Mohd Norazif bin Ahmad Tamsis, Pengarah Khidmat Pengurusan telah memberi taklimat bagi Garis Panduan Pengurusan Ahli Majlis PBT Selangor. Manakala Puan Nurulhuda Ahmad binti Khairuddin, Ketua Jabatan Pembangunan Masyarakat pula menerangkan tatacara pengurusan peruntukan program sosial/ mesra rakyat.

Sesi taklimat ini diharapkan dapat membantu Ahli Majlis memahami dengan lebih mendalam peranan, tanggungjawab serta tatakelola yang berkaitan dalam melaksanakan peranan dengan lebih berkesan.

#MalaysiaMadani

#KitaSelangor

#IniSelangor

#DaripadaAndaUntukAnda

#MajuPerkasaHasilSemua

#HuluSelangorBandarRendahKarbon

#AllahPeliharakanlahHuluSelangor

#MPHSGo

#VisitSelangor2025

#VisitMalaysia2026

#SukmaSelangor2026

QUICK LINKS

AGENCIES LINK

All rights reserved. © 2026 Hulu Selangor Municipal Council.

Hulu Selangor Municipal Council (HSMC),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Monday - Friday : 8:00am - 5:00pm

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my
logo isms versi 2022 06112025

  • Latest Update : Friday 05 March 2027, 07:15:16.
Total Visitors :
01255110