Taklimat Penyampaian Tawaran Sewaan Baharu bagi Premis MPHS

TAKLIMAT PENYAMPAIAN TAWARAN SEWAAN BAHARU BAGI PREMIS MAJLIS PERBANDARAN HULU SELANGOR
Bertempat di Dewan Merdeka Kuala Kubu Bharu MPHS telah mengadakan taklimat penyampaian tawaran sewaan baharu bagi premis MPHS . Taklimat dipengerusikan oleh Pengarah Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta Encik Amlie Bin Ismail. Turut hadir Pengarah Jabatan Perbendaharaan Encik Shaiful Rizza Bin Haji Piamin, wakil Jabatan Bangunan Puan Sarah Binti Bakar, wakil Jabatan Pelesenan Encik Khairuddin Bin Abd Rahman .
Seramai 16 orang penyewa baharu telah hadir untuk sesi taklimat ini. Setiap wakil jabatan telah membuat penerangan dan makluman berkaitan urusan penerimaan tawaran sewaan, proses autodebit, permohonan lesen dan permohonan tambahan bangunan. Dalam sesi ini juga, penyewa diberi penerangan tentang syarat dan peraturan sebagaimana dalam perjanjian sewaan.
Sesi taklimat berjalan lancar dan penyewa turut sama memberikan soalan, pendapat serta cadangan kepada pihak MPHS.

QUICK LINKS

AGENCIES LINK

All rights reserved. © 2024 Hulu Selangor Municipal Council.

Hulu Selangor Municipal Council (HSMC),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Monday - Friday : 8:00am - 5:00pm

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Latest Update : Tuesday 08 October 2024, 13:38:08.
Total Visitors :
00852135