TEMU BUAL SLOT ‘PBT & ANDA’ DI SELANGOR FM
7 Ogos 2025 (9.00 pagi) - Temu bual Slot ‘PBT & Anda’ di Selangor FM telah berlangsung bersama YBrs. Puan Dewi Dirwana binti Munasir, Timbalan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) , bertempat di Wisma Radio, Angkasapuri RTM.
Temu bual kali ini memberi fokus kepada aktiviti-aktiviti sempena sambutan Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia anjuran MPHS.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak SELANGORfm 100.9 atas jemputan serta ruang kolaborasi yang diberikan. Semoga jalinan kerjasama ini dapat diteruskan pada masa akan datang demi manfaat bersama.
#HuluSelangorBandarRendahKarbon