TINDAKAN PENGUATKUASAAN (SITAAN) TERHADAP BARANG-BARANG PENIAGA YANG DILETAKKAN / DITINGGALKAN DI TEMPAT AWAM.
Pada 6/4/2023, Jabatan Penguatkuasaan MPHS dengan Kerjasama Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal & Pembersihan Awam bersama Polis Diraja Malaysia telah melakukan operasi menyita barang-barang penjaja yang diletakkan/ditinggalkan di tempat awam tanpa kebenaran MPHS di sekitar kawasan Batang Kali. Para pemilik barang-barang tersebut, didapati gagal untuk mematuhi arahan notis yang dikeluarkan oleh Jabatan Penguatkuasaan MPHS sebelum ini. Mereka didapati telah meletak/meninggalkan ke semua peralatan yang digunakan di lokasi berkenaan setelah tamat menjalankan aktiviti menjaja. Tindakan sitaan ini telah dilaksanakan di bawah sek. 46(1)(a), dan 46(3), Akta Jalan Parit Dan Bangunan 1974. MPHS tidak teragak-agak mengambil tindakan penguatkuasaan (sitaan) terhadap mana-mana pihak yang didapati masih ingkar dengan arahan yang dikeluarkan.
Diharap agar semua pihak memberikan kerjasama untuk mematuhi arahan yang dikeluarkan demi kesejahteraan bersama.