Yang Dipertua MPHS Menyantuni Mangsa Banjir di Dewan Serbaguna Kg. Sekolah, Sg. Selisek

YANG DIPERTUA MPHS MENYANTUNI MANGSA BANJIR DI DEWAN SERBAGUNA KG. SEKOLAH, SG. SELISEK

Hulu Bernam. 5 Ogos 2024 – YBrs. Puan Julaihah binti Jamaludin, Yang Dipertua MPHS telah menyantuni mangsa-mangsa banjir yang telah dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Dewan Serbaguna Kg. Sekolah, Sg Selisek.

Pihak MPHS turut memberi sumbangan dalam bentuk makanan kering yg disampaikan oleh YBrs. Puan Julaihah binti Jamaludin, YDP MPHS kepada Ketua Kampung yg terjejas banjir. Beliau turut meluangkan masa beramah mesra dengan mangsa-mangsa dan petugas yang membantu di PPS tersebut. Turut hadir dalam lawatan tersebut ialah Ahli-ahli Majlis dan Pengarah-pengarah Jabatan MPHS.

Pihak MPHS turut bersimpati atas bencana yang berlaku dan mendoakan semua mangsa diberikan ketabahan dalam menghadapi ujian tersebut.

#DaripadaAndaUntukAnda

#MajuPerkasaHasilSemua

#HuluSelangorBandarRendahKarbon

#AllahPeliharakanlahHuluSelangor

#MPHSGo

QUICK LINKS

AGENCIES LINK

All rights reserved. © 2024 Hulu Selangor Municipal Council.

Hulu Selangor Municipal Council (HSMC),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Monday - Friday : 8:00am - 5:00pm

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Latest Update : Tuesday 08 October 2024, 04:52:32.
Total Visitors :
00851791