Yang Dipertua MPHS, Tuan Mohd Hasry Nor Mohd menyerahkan alat bantuan mengajar dan alat fisioterapi di PDK Kuala Kubu Bharu

Yang Dipertua MPHS, Tuan Mohd Hasry Nor Mohd menyerahkan alat bantuan mengajar dan alat fisioterapi di PDK Kuala Kubu Bharu, semalam.

Penyerahan alat bantuan ini merupakan sebahagian dari Program Anugerah Khas OKU. 8 PDK lain di Daerah ini juga turut menerima alat bantuan dan alat fisioterapi. MPHS melalui Jabatan Pembangunan Masyarakat menganjurkan Program Anugerah Khas OKU yang antara lain bertujuan memberi pendedahan kepada kanak-kanak istimewa untuk menjalani kehidupan seperti orang biasa dengan melakukan aktiviti-aktiviti secara fizikal serta memberi pengalaman dan Ilmu baru kepada mereka. Selain dari itu juga, program ini turut memberi kesedaran kepada masyarakat terhadap hak dan tanggungjawab ke atas Komuniti yang memerlukan perhatian dan bantuan yang sewajarnya.

Tuan Yang Dipertua turut meluangkan masa mendengar taklimat berkaitan operasi PDK dan bertemu dengan anak-anak istimewa di sini. Turut hadir Pengerusi PDK, Puan Hjh. Zawiah Shaharun, Puan Maizura Mahasan selaku Penyelia dan Puan Saripah Bakar, Ahli Majlis merangkap Setiausaha PDK serta Pegawai dari Jabatan Pembangunan Masyarakat MPHS.

QUICK LINKS

AGENCIES LINK

All rights reserved. © 2024 Hulu Selangor Municipal Council.

Hulu Selangor Municipal Council (HSMC),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Monday - Friday : 8:00am - 5:00pm

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Latest Update : Tuesday 08 October 2024, 04:52:32.
Total Visitors :
00852052