YDP MPHS Hadir Memeriahkan Program Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) Peringkat Daerah Hulu Selangor

YDP MPHS HADIR MEMERIAHKAN PROGRAM JELAJAH AGENDA NASIONAL MALAYSIA SIHAT (ANMS) PERINGKAT DAERAH HULU SELANGOR.

TAMAN TASIK MILENIUM, 3 Ogos 2024. Program Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) Peringkat Daerah Hulu Selangor anjuran Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Selangor adalah pakej Sihat Sepanjang Hayat bagi manfaat rakyat melalui pembudayaan hidup sihat dan kelestarian persekitaran yang menyokong hidup sihat dengan bertemakan Minggu Kesedaran Derma Organ pada tahun ini dan telah dirasmikan oleh YB Puan Pang Sock Tao (ADUN KKB) pagi tadi.

Puan Julaihah (YDP MPHS) dan Tuan Awaluddin (Timbalan YDP) telah turut sama melawat tapak pameran serta pemeriksaan Kesihatan yang disediakan bersama-sama Dr. Suhaida (Pegawai Kesihatan Daerah) dan YB Puan Pang Sock Tao (ADUN KKB).

Dalam pada itu Tuan Awaluddin (Timbalan YDP) sempat membawa Puan Julaihah (YDP MPHS) melihat kerja-kerja pembaikan serta pembangunan MPHS di Kawasan Taman Tasik Milenium Kuala Kubu Bharu tadi.

#DaripadaAndaUntukAnda

#MajuPerkasaHasilSemua

#HuluSelangorBandarRendahKarbon

#AllahPeliharakanlahHuluSelangor

#MPHSGo

QUICK LINKS

AGENCIES LINK

All rights reserved. © 2024 Hulu Selangor Municipal Council.

Hulu Selangor Municipal Council (HSMC),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Monday - Friday : 8:00am - 5:00pm

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Latest Update : Tuesday 08 October 2024, 04:52:32.
Total Visitors :
00851791