Permohonan Tapak Bazar Ramadan Mampan 2026 / 1447H
Dimaklumkan bahawa permohonan untuk Bazar Ramadan Mampan 2026 / 1447H anjuran Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) kini dibuka mulai 3 November 2025 hingga 30 November 2025.
Pemohon boleh membuat permohonan secara dalam talian (online) melalui pautan atau kod QR yang disediakan oleh pihak MPHS.
Keputusan permohonan akan diumumkan pada 5 Januari 2026, dan tempoh pembayaran fi petak adalah dari 5 Januari hingga 16 Januari 2026.
Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi:
Jabatan Pelesenan dan Pembangunan Usahawan MPHS
Talian: 03-6064 4313 (Samb. 131 / 159 / 160)
#HuluSelangorBandarRendahKarbon


















