Special Offer for Hulu Selangor Residents: Special Grant for Sustainable Communities 5.0 (G-KoM 5.0)

Tawaran Khas Warga Hulu Selangor

PEMBUKAAN PERMOHONAN
GERAN KHAS KOMUNITI MAMPAN 5.0 (G-KoM 5.0)
MAJLIS PERBANDARAN HULU SELANGOR TAHUN 2026

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) mempelawa seluruh warga Hulu Selangor, komuniti, NGO, institusi serta kumpulan belia dan wanita untuk mengemukakan cadangan projek/program komuniti menerusi Geran Khas Komuniti Mampan 5.0 (G-KoM 5.0) bagi tahun 2026.

Inisiatif ini bertujuan memperkasa komuniti setempat melalui pelaksanaan program berimpak tinggi yang menyokong pembangunan mampan, kesejahteraan sosial, ekonomi komuniti dan kelestarian persekitaran selaras dengan agenda pembangunan mampan (SDG).

Jumlah Peruntukan Keseluruhan:
RM120,000.00

Kategori Pemohon:
• Komuniti Setempat
• Badan Bukan Kerajaan (NGO)
• Institusi Komuniti & Pembangunan Insan
• Kumpulan Belia & Wanita

Bidang Keutamaan Projek / Program:
• Alam Sekitar & Kelestarian
• Ekonomi Komuniti
• Infrastruktur Kecil Komuniti
• Pendidikan & Kesedaran
• Sosial & Pembangunan Komuniti

Permohonan Secara Atas Talian:
https://g-kom.mphs.gov.my/login

Tarikh Tutup Permohonan:
15 Jun 2026 (Isnin)

Sesi Taklimat Atas Talian:
21 Mei 2026 (Khamis)
2.30 Petang

Ayuh bersama MPHS dalam memperkukuh komuniti mampan, inklusif dan berdaya tahan demi masa depan Hulu Selangor yang lebih sejahtera.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi:

Urusetia Geran Khas Komuniti Mampan
Bahagian Smart Mampan
Jabatan Perancang Bandar
Majlis Perbandaran Hulu Selangor

Tel: 03-6064 1331 samb. 123 / 156 (En. Azhar)
E-mel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

#MalaysiaMadani
#KitaSelangor
#IniSelangor
#DaripadaAndaUntukAnda
#MajuPerkasaHasilSemua
#HuluSelangorBandarRendahKarbon
#AllahPeliharakanlahHuluSelangor
#MPHSGo
#VisitSelangor2025
#VisitMalaysia2026
#SukmaSelangor2026
#GKoMMPHS
#SDG

QUICK LINKS

AGENCIES LINK

All rights reserved. © 2026 Hulu Selangor Municipal Council.

Hulu Selangor Municipal Council (HSMC),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Monday - Friday : 8:00am - 5:00pm

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my
logo isms versi 2022 06112025

  • Latest Update : Friday 05 March 2027, 07:15:16.
Total Visitors :
01255098