Makluman
Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Pelikuidasi Syarikat, Ascentia Corporate Advisory Sdn. Bhd., akan mengadakan satu sesi verifikasi bagi tujuan pengesahan hak pembeli sebagai pemilik sah dari sudut undang-undang serta benefisiari bagi unit masing-masing di Projek Lembah Beringin. Sesi ini juga amat penting bagi membantu pihak Pelikuidasi menyediakan serta mengemas kini rekod pembeli yang lengkap bagi setiap unit projek terlibat.
Butiran sesi verifikasi adalah seperti berikut:
Tarikh : 11 Januari 2026 (Ahad)
Masa : 9.00 pagi – 1.30 tengah hari
Tempat : Dewan Lee Kong Chian, YMCA Kuala Lumpur,
95, Jalan Padang Belia, Brickfields,
50470 Kuala Lumpur
Sehubungan itu, bersama-sama surat ini dilampirkan sesalinan poster jemputan sesi verifikasi tersebut untuk perhatian dan tindakan pihak Tuan/Puan.
Sekiranya Tuan/Puan memerlukan sebarang maklumat tambahan atau penjelasan lanjut berkaitan perkara ini atau mengenai syarikat berkenaan, sila hubungi kami di talian 012-671 8163 (Encik Ammar).
Sekian, terima kasih.

















