Perutusan YDP

ydp

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Selamat datang ke laman web rasmi Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS).

Laman web ini merupakan satu wadah untuk MPHS mendekati masyarakat dan pemegang taruh melalui alam maya sejajar dengan perkembangan Revolusi Industri 4.0 (IR4.0). Diharapkan ianya dapat membantu pengunjung untuk mendapatkan maklumat yang tepat dan betul mengenai perkhidmatan yang ditawarkan serta aktiviti yang dijalankan di Majlis Perbandaran Hulu Selangor khususnya. Sebagai alternatif, pengunjung boleh mengikuti saluran media sosial Facebook, Instagram (Majlis Perbandaran Hulu Selangor) dan YouTube (MPHS TV) untuk mengetahui perkembangan terkini Majlis Perbandaran Hulu Selangor .

Selaku Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hulu Selangor, saya bertekad akan memastikan Majlis Perbandaran Hulu Selangor dapat terus berkhidmat kepada masyarakat dan pemegang taruh dalam memberikan perkhidmatan bertaraf perbandaran mengikut standard kualiti yang ditetapkan selaras dengan visi iaitu Hulu Selangor ke arah perbandaran bestari, memangkin pembangunan lestari dan membentuk masyarakat madani pada 2023.

Pelbagai saluran telah disediakan bagi memastikan perkhidmatan MPHS tetap dapat disampaikan kepada masyarakat. Sebagai contoh, MPHS menyediakan sistem E-Billing bagi memudahkan pelanggan membuat pembayaran termasuk bayaran cukai taksiran, sewaan, cagaran dan bayaran pelbagai. Aduan juga boleh dikemukakan melalui laman web Sistem Pengurusan Aduan (SISPAA). MPHS telah mengaktifkan semua saluran atas talian bagi memastikan pelanggan tetap mendapat perkhidmatan yang cekap dan efisien.

Akhir kata, saya menyeru kepada semua warga Hulu Selangor, agar kita sama-sama berubah ke arah minda kelas pertama dengan menjadi modal insan yang mampu memenuhi keperluan pembangunan individu, keluarga, masyarakat, negara dan dunia dengan mengamalkan nilai-nilai murni dan sikap mengutamakan kebersihan, keceriaan dan kehijauan.

Sekian, terima kasih.

MOHD HASRY BIN NOR MOHD S.M.S
Yang Dipertua
Majlis Perbandaran Hulu Selangor

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Isnin 15 Julai 2024, 09:59:48.
Jumlah Pelawat :
00794558

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

I-TEGUR

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015