- Kenyataan Penting
- Pembayaran secara atas talian "Online Payment"
- Pembayaran Di Kaunter
- Kempen Cukai Taksiran Majlis Perbandaran Hulu Selangor 2026
| Bil | Kenyataan |
| 1 | MPHS ke arah Bil Maya sepenuhnya sebagai langkah menjayakan Agenda Pembangunan Mampan (SDG) 11, 12, 13. Sehubungan itu, para pelanggan dijemput untuk sama-sama menjayakan agenda ini dengan mendaftar di pautan berikut sebagai tanda sokongan: http://mphs.app/mphs/index.php |
| 2 | Di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) tidak menjadi suatu kewajipan kepada Pihak Berkuasa Tempatan untuk menghantar Bil Cukai Taksiran pada setiap penggal. |
| 3 | Jumlah wang yang kena dibayar bagi setengah tahun pertama hendaklah dibayar sebelum 28 atau 29 hb. FEBRUARI manakala bagi setengah tahun kedua hendaklah dibayar sebelum 31hb. OGOS pada tahun yang berkenaan. |
| 4 | Jika mana-mana jumlah wang itu atau mana-mana bahagiannya seperti (1) diatas masih terhutang dan belum dibayar didalam tempoh yang dinyatakan pada (1) diatas, jumlah wang itu adalah disifatkan sebagai suatu tunggakan dan boleh dituntut beserta dengan apa-apa bayaran yang ditetapkan mengikut Seksyen 147 dan 148 Akta Kerajaan Tempatan 1976 atau melalui tindakan mahkamah mengikut Seksyen 156 Akta yang sama. |
| 5 | Akta Kerajaan Tempatan 1976 Seksyen 152 memperuntukkan semua kos bagi apa-apa tindakan untuk menuntut tunggakan boleh dituntut seolah-olah kos itu menjadi sebahagian daripada tunggakan. |
| 6 | Menurut Akta Kerajaan Tempatan 1976 Seksyen 160, segala pindah milik harta hendaklah dimaklumkan kepada pihak Majlis dalam tempoh 3 bulan. Pemilik boleh membuat permohonan pindah milik secara online di Sistem E-Penilaian di pautan https://epenilaian.mphs.gov.my/ |
24 Jam
- MPHS Pay
- Sistem e-Billing MPHS
- Portal PBTPay
- Citizen E-Payment (CEPat)
- JOMPAY
- Cara-cara membayar menggunakan JOMPAY:
| Bil | Cara-Cara |
| 1 | Log-in pada Internet / Mobile Banking anda dan cari menu JomPAY. |
| 2 | Masukkan Biller Code MPHS : 8383, Ref-1 : (Nombor akaun harta) dan Ref-2: (Nombor telefon bimbit anda) |
| 3 | Masukkan jumlah bayaran & sahkan |
* Pastikan anda memasukkan no. akaun dan no. telefon bimbit dengan betul sekiranya membuat pembayaran melalui perbankan internet.
| Pejabat MPHS Kuala Kubu Bharu |
|
| Pejabat Cawangan Bukit Sentosa | Kaunter |
| POS MALAYSIA BERHAD | Kaunter cawangan seluruh Malaysia |
| Pihak Berkuasa Tempatan | Kaunter sekitar Negeri Selangor Sahaja |
| Pejabat Tanah & Daerah (PTD) | Kaunter sekitar Negeri Selangor Sahaja |
Ibu Pejabat Kuala Kubu Bharu (GPS: 3.560042, 101.658363)
| Hari | Waktu |
| Isnin-Jumaat | 8:00 pagi-4:30 petang*** |
| *Sabtu , Ahad & Cuti Umum | 9:00 pagi-2:00 petang*** |
| KIOSK BAYARAN 24 JAM | |
Pejabat Cawangan Jalan Bunga Pakma, Bukit Beruntung (GPS: 3.39214, 101.55833)
| Hari | Waktu |
| Isnin-Jumaat | 8:30 pagi-4:30 petang*** |
| *Sabtu , Ahad & Cuti Umum | 9:00 pagi-2:00 petang*** |
* HANYA PADA BULAN JANUARI, FEBRUARI, JULAI DAN OGOS SAHAJA
Cara-Cara Membayar
| Bil | Cara-Cara Membayar |
| 1 | Bayaran di kaunter Ibu Pejabat boleh dibuat secara Kad Debit, Kad Kredit, E-Dompet, cek dan tunai. |
| 2 | Sila tulis nama, no. akaun harta dan no. telefon di belakang cek. |
| 3 | Pastikan anda memasukkan no. akaun dan no. bil dengan betul sekiranya membuat pembayaran melalui perbankan internet (e-Billing). |
| 4 | Sekiranya tuan/puan tidak menerima Bil Cukai Taksiran, sila hubungi pejabat ini untuk mendapatkan salinan bil sebelum tempoh pembayaran tamat. |
| 5 | Sebarang pertukaran alamat surat menyurat hendaklah dipohon secara atas talian kepada Jabatan Penilaian & Pengurusan Harta Majlis Perbandaran Hulu Selangor di Sistem E-Penilaian. |
SIARAN MEDIA
MAJLIS PERBANDARAN HULU SELANGOR
KEMPEN PENUKARAN CETAKAN BIL KEPADA BIL MAYA DAN CABUTAN BERTUAH CUKAI TAKSIRAN MAJLIS PERBANDARAN HULU SELANGOR 2026
Kuala Kubu Bharu, 1 Januari 2026 : Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) akan menghentikan penggunaan cetakan bil cukai taksiran dan akan menggantikannya kepada Bil Maya. Usaha ini bagi menyokong Matlamat Pembangunan Mampan atau Sustainable Development Goals (SDG) yang perlu di capai menjelang 2030.
MPHS kini terpaksa mencetak lebih 308 ,000 keping bil setiap tahun dan menghantar bil-bil tersebut kepada hampir 114 ,000 pemegang akaun cukai taksiran. Penukaran kepada Bil Maya akan mengurangkan jejak karbon serta menjimatkan kos MPHS dalam memberi perkhidmatan perbandaran kepada semua pelanggan dalam kawasan MPHS.
Bagi menyokong usaha ini, suatu kempen cabutan bertuah bernilai Rm 220,000 turut disediakan bagi menghargai pembayar cukai taksiran dan pelanggan yang bertukar kepada Bil Maya.
Syarat kelayakan bagi menyertai cabutan bertuah ini adalah seperti berikut :
- Warganegara Malaysia dan merupakan pemilik harta yang berdaftar dengan MPHS
- Pelanggan baru yang telah dan baru melanggani Bil Maya MPHS
- Menjelaskan semua tuntutan cukai taksiran sehingga penggal 2 tahun 2026 secara atas talian.
- Tidak menerima sebarang bentuk insentif cukai taksiran sama ada daripada Kerajaan Negeri atau dari Majlis Perbandaran Hulu Selangor.
- Kempen dijalankan selama 6 bulan bermula 1 Januari 2026 hingga 30 Jun 2026.
Hadiah utama yang ditawarkan bagi pemenang yang bertuah adalah sebuah kereta, 6 buah motosikal, 28 Gadjet komunikasi (Telefon pintar & Tablet), sebanyak 123 unit barangan keperluan elektrik/elektronik seperti ketuhar penggoreng udara berwap, periuk tekanan tinggi, penapis air, robot vakum, Mesin pengering, Seterika Wap, Penghawa Dingin, penapis udara, televisyen pintar, dan kepingan emas seberat 1 gram.
Cabutan akan dilaksanakan secara berperingkat pada setiap bulan bermula bulan April 2026. Manakala tarikh cabutan untuk hadiah utama dan hadiah khas akan diadakan 21 Oktober 2026. Tertakluk kepada sebarang pindaan.
Sehubungan dengan itu, semua pelanggan cukai taksiran MPHS dipelawa untuk menyertai program cabutan bertuah cukai taksiran MPHS bagi tahun 2026.
Untuk maklumat lanjut sila hubungi Jabatan Perbendaharaan MPHS di talian 03-6064 1331 (samb.135/151) atau layari laman sesawang Majlis Perbandaran Hulu Selangor www.mphs.gov.my atau Sosial media MPHS di Facebook Majlis Perbandaran Hulu Selangor, tiktok ( @mphuluselangor ) dan Instagram (mphuluselangor ).

















