Latar Belakang

Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) ditubuhkan pada 1 Januari 1977 mengikut Seksyen 4 Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171).

MDHS adalah hasil gabungan :
  1. Majlis Tempatan Asam Kumbang
  2. Majlis Tempatan Kalumpang
Setelah hampir 50 tahun penubuhannya, Majlis Daerah Hulu Selangor telah dinaik taraf kepada MAJLIS PERBANDARAN HULU SELANGOR (MPHS) pada 21 Oktober 2021. Majlis Pengisytiharan telah disempurnakan oleh YAB. Dato' Seri Amirudin bin Shari, Dato' Menteri Besar Selangor setelah mendapat perkenan Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Sultan Selangor secara dalam talian.

Kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Hulu Selangor adalah seluas 175,630.11 hektar meliputi 13 mukim iaitu :

No
Mukim
1 Mukim Ulu Bernam
2 Mukim Sungai Tinggi
3 Mukim Sungai Gumut
4 Mukim Kuala Kalumpang
5 Mukim Kalumpang
6 Mukim Kerling
7 Mukim Buloh Telor
8 Mukim Ampang Pechah
9 Mukim Peretak
10 Mukim Rasa
11 Mukim Batang kali
12 Mukim Ulu Yam
13 Mukim Serendah

Berdasarkan kepada Dasar Perbandaran Negara Ke-2 dan Rancangan Tempatan Daerah Hulu Selangor 2035, lima kawasan bandar yang terdapat di Hulu Selangor adalah : 

No Bandar
1
Bandar Bernam Jaya (Hulu Bernam)
2
Bandar Kuala Kubu Bharu
3
Bandar Utama Batang Kali
4
Bandar Serendah
5
Bandar Bukit Beruntung / Bandar Bukit Sentosa

LUAS KAWASAN PENTADBIRAN:

5,501.42 hektar

Kawasan pentadbiran MPHS yang asal

21,536.29 hektar

Pertambahan kawasan baru

27,037.71 hektar

Jumlah keluasan MPHS

175,630.11 hektar

Keluasan Daerah Hulu Selangor

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2026 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my
logo isms versi 2022 06112025

  • Kemaskini Terkini : Jumaat 16 Oktober 2026, 10:00:43.
Jumlah Pelawat :
01390781

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal
PBTPay

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015