Anugerah Green Leadership sebagai penghargaan ke atas pengurusan sisa pepejal bagi kategori PBT

MPHS TERIMA ANUGERAH GREEN LEADERSHIP SEMPENA MAJLIS WMAM ANNUAL CONFERENCE 2024

Kuala Lumpur, 2 Oktober 2024: MPHS telah menerima Anugerah 'Green Leadership' sebagai penghargaan ke atas pengurusan sisa pepejal bagi kategori Pihak Berkuasa Tempatan.

Anugerah ini telah disampaikan oleh YBrs. Tuan Hee Loy Sian, Pengerusi Perbadanan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) kepada YBrs. Tuan Awaluddin bin Zakaria, Setiausaha MPHS dalam Majlis WMAM Award Appreciation Night sempena Waste Management Association of Malaysia (WMAM) Annual Conference 2024 bertempat di Hotel Eastin, Kuala Lumpur.

Turut hadir En. Mohd Shahril bin Ramli, Pengarah Jab. Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam MPHS. Anugerah ini diberikan kepada Pihak Berkuasa Tempatan yang mempunyai pencapaian yang baik dalam pentadbiran pengurusan sisa pepejal.

#DaripadaAndaUntukAnda

#MajuPerkasaHasilSemua

#HuluSelangorBandarRendahKarbon

#AllahPeliharakanlahHuluSelangor

#MPHSGo

QUICK LINKS

AGENCIES LINK

All rights reserved. © 2024 Hulu Selangor Municipal Council.

Hulu Selangor Municipal Council (HSMC),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Monday - Friday : 8:00am - 5:00pm

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Latest Update : Monday 28 October 2024, 08:33:48.
Total Visitors :
00862803

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

I-TEGUR

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015