Bengkel Focus Group Discussion (FGD)

BENGKEL FOCUS GROUP DISCUSSION (FGD) PELANCONGAN DAERAH HULU SELANGOR

BATANG KALI, 6 FEBRUARI 2025 – Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) melalui Jabatan Pembangunan Masyarakat telah menganjurkan Bengkel Focus Group Discussion (FGD) bertujuan merangka strategi pembangunan sektor pelancongan di daerah Hulu Selangor yang selari dengan matlamat Sustainable Development Goals (SDG). Bengkel ini berlangsung di Rumah Sungai Bonda Rozita, dengan penyertaan seramai 60 individu yang terdiri daripada Pengurusan Tertinggi MPHS, Ahli Majlis MPHS, Pengarah dan Ketua Bahagian MPHS, wakil agensi kerajaan negeri dan daerah, serta penggiat industri pelancongan seperti pengusaha sukan lasak, pengendali Inap Dusun, dan pengeluar produk Industri Kecil dan Sederhana (IKS).

Bengkel dimulakan dengan pendaftaran peserta, diikuti ucapan perasmian oleh YBrs. Puan Julaihah binti Jamaludin, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hulu Selangor. Turut hadir ialah Tuan Awaluddin bin Zakaria, Setiausaha MPHS.

Sesi pertama menyaksikan perkongsian mengenai Sistem MeTOS (Mersing Tourism System) oleh TPr. Kamarulzaman bin Tugiman, Ketua Jabatan Perancang Bandar dan Desa, Majlis Daerah Mersing. Dalam sesi ini, beliau berkongsi pengalaman serta pelaksanaan sistem tersebut dalam membantu memperkukuh sektor pelancongan di daerah Mersing. Seterusnya, Puan Renuga Devi A/P Sivamoorthy, Pemangku Pengurus Jabatan Pembangunan Produk & Pakej, Tourism Selangor Sdn Bhd, menyampaikan taklimat berhubung Kempen Tahun Melawat Selangor 2025, yang bertujuan meningkatkan daya tarikan pelancongan bercuti ke negeri Selangor. Selain itu taklimat berhubung kepentingan pembaharuan lesen pada setiap tahun oleh Pengarah Jabatan Perlesenan Encik Kamarulzaman Bin Abdul Rahman dan Taklimat berkaitan Pengurusan Sampah di kawasan pelancongan daerah Hulu Selangor oleh En Muhammad Helmy Jufry Bin Rusli Pegawai Kesihatan Persekitaran Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Pada sesi petang, bengkel diteruskan dengan taklimat daripada Puan Nurulhuda Ahmad binti Khairuddin, Pengarah Jabatan Pembangunan Masyarakat, berkenaan Program - Program Inisiatif Pelancongan dan perancangan pembangunan kelestarian pelancongan daerah Hulu Selangor sejajar dengan prinsip SDG 11: Bandar dan Komuniti Mampan serta SDG 15: Memulihara Ekosistem Daratan. Bengkel diteruskan dengan sesi perbincangan kumpulan bertujuan memberi peluang kepada peserta bertukar pandangan serta mengemukakan cadangan bagi memperkukuh pembangunan pelancongan daerah ini dengan penekanan kepada aspek kelestarian dan pemeliharaan alam sekitar.

Bengkel ini berperanan penting dalam mengumpul pandangan serta cadangan daripada pelbagai pihak berkepentingan, dengan matlamat memastikan sektor pelancongan di daerah Hulu Selangor berkembang secara mampan dan berdaya saing, selari dengan agenda SDG yang memberi penekanan kepada pembangunan ekonomi inklusif, kelestarian alam sekitar, dan kesejahteraan komuniti tempatan. Hasil dapatan daripada bengkel ini akan dijadikan asas bagi merangka pelan tindakan strategik pembangunan pelancongan Hulu Selangor.

Terima kasih diucapkan kepada semua peserta yang hadir.

#DaripadaAndaUntukAnda

#MajuPerkasaHasilSemua

#HuluSelangorBandarRendahKarbon

#AllahPeliharakanlahHuluSelangor

#MPHSGo

#VisitHuluSelangor

QUICK LINKS

AGENCIES LINK

All rights reserved. © 2025 Hulu Selangor Municipal Council.

Hulu Selangor Municipal Council (HSMC),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Monday - Friday : 8:00am - 5:00pm

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Latest Update : Thursday 20 February 2025, 09:46:29.
Total Visitors :
00940245

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

PBTPay

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015