Hulu Selangor Ultra Trail (HSUT) dan Hulu Selangor Adventure (HSAC) 2025

SUKAN LASAK HULU SELANGOR BERTARAF ANTARABANGSA

Kuala Kubu Bharu, 1 Jun 2025 – Daerah Hulu Selangor menjadi tumpuan peminat sukan lasak. Hulu Selangor Ultra Trail (HSUT) dan Hulu Selangor Adventure (HSAC) kembali dengan cabaran lebih mencabar dan pemandangan semula jadi yang menakjubkan.

Acara tahunan ini telah berlangsung bermula pada 30 Mei 2025 hingga 1 Jun 2025 di Taman Tasik Milenium, Kuala Kubu Bharu.

Penganjuran program ini bertujuan untuk mempromosi dan memperkenalkan Hulu Selangor sebagai kawasan eko-pelancongan sukan lasak dan secara tidak langsung boleh menarik lebih ramai pelancong luar untuk datang ke daerah ini.

Tahun ini mencatatkan penyertaan luar biasa apabila mendapat sambutan seramai 524 peserta dengan penglibatan 14 buah negara. Secara tidak langsung ianya menggambarkan potensi besar Hulu Selangor sebagai lokasi penganjuran sukan lasak antarabangsa.

Laluan yang digunakan dalam acara tahun ini adalah antara yang paling mencabar pernah dianjurkan. Peserta perlu menempuh kawasan hutan berbukit seperti Bukit Batu Pahat, Kampung Gerachi Jaya, merentas Jambatan Dato’ G.Palanivel serta menjejak laluan ke Bukit Kutu yang terkenal dengan kecuraman dan keindahan pemandangan semula jadi.

Majlis Penutupan telah disempurnakan oleh Penyelaras DUN Hulu Bernam, Datuk Mohd Isa Abu Kasim. Turut hadir, Pengarah MOTAC Selangor, Zaharah Isahak, Pengarah Jabatan Perhilitan Negeri Selangor, Ts. Wan Mohd Abid Wan Mohd. Yusof, Pengarah Perlumbaan, Razis Rahim serta Ahli Majlis MPHS, Fuad Ahmad Naravi.

MPHS mengucapkan tahniah kepada semua pemenang dan sekalung penghargaan kepada semua pihak yang telah berkerja keras bagi memastikan kelancaran penganjuran program ini.

Semoga kejayaan penganjuran tahun ini terus menjadi pemangkin untuk memperkukuh imej Hulu Selangor sebagai destinasi sukan lasak dan pelancongan utama di Malaysia.

#MalaysiaMadani

#KitaSelangor

#DaripadaAndaUntukAnda

#MajuPerkasaHasilSemua

#HuluSelangorBandarRendahKarbon

#AllahPeliharakanlahHuluSelangor

#MPHSGo

#TahunMelawatSelangor2025

QUICK LINKS

AGENCIES LINK

All rights reserved. © 2025 Hulu Selangor Municipal Council.

Hulu Selangor Municipal Council (HSMC),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Monday - Friday : 8:00am - 5:00pm

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Latest Update : Friday 06 June 2025, 02:25:01.
Total Visitors :
01000234

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd
PBTPay

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015