10 November 2024, Kuala Kubu Bharu - Majlis Perbandaran Hulu Selangor telah menerima kunjungan dari Pelajar School Of Architecture, Building & Design Taylor's University.
Satu sesi taklimat dan peekongsian ilmu telah diberikan oleh En. Mohd Hazhman B. Haron dan En Mohd Idrus B. Mahmud Jamili mewakili Pengarah Perancang Bandar MPHS. Taklimat berkisar berkenaan pengurusan Bandar Warisan serta fokus perbincangan kepada Rancangan Kawasan Khas Bandar Kuala Kubu Bharu. Turut serta di dalam taklimat wakil dari Jabatan Bangunan dan Jabatan Pembangunan Masyarakat.
Sesi ini disertai seramai 25 orang pelajar termasuk pelajar antarabangsa bersama pensyarah. Pelajar terus berada di Bandar Kuala Kubu Bharu sehingga 11 November 2024 bagi membuat kajian dan temubual bersama penduduk KKB. Semoga perkongsian diberikan bermanafaat.
#HuluSelangorBandarRendahKarbon