LARIAN BERSAMA BOMBA 2025: BOMBA DAN MASYARAKAT BERPISAH TIADA
Acara Larian Bersama Bomba telah diadakan di Dataran Kemerdekaan Shah Alam.
Terdapat tiga kategori larian dipertandingkan iaitu larian terbuka 10km; larian Fun Run 5km; dan larian VIP Run 2km.
Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin telah berkenaan untuk hadir dan membuat pelepasan bagi kategori Fun Run 5km.
Lebih 8000 orang dianggarkan menyertai Acara Larian Bersama Bomba 2025. Orang ramai juga turut disajikan dengan pertunjukan khas dari anggota bomba dan juga pameran aset kebombaan di sekitar Dataran Kemerdekaan Shah Alam.
Hadir sama, Timbalan Menteri YB Datuk Hajah Aiman Athirah Binti Sabu, Pengurusan Tinggi KPKT dan Yang Dipertua MPHS, YBrs. Puan Julaihah Jamaludin yang turut menyertai larian.
Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat YAS Dato'' Ts. Nor Hisham Bin Mohamad dalam ucapannya mengucapkan setinggi tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam penganjuran acara Larian Bersama Bomba 2025 dan berharap ia akan terus menjadi jambatan yang menyatukan di antara Pasukan Bomba dan masyarakat awam
#HuluSelangorBandarRendahKarbon