Lawatan Kerja Penanda arasan oleh Bahagian Audit MPHS

LAWATAN KERJA PENANDA ARASAN MAJLIS PERBANDARAN HULU SELANGOR KE MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA

Petaling Jaya, 10 Oktober 2024- Satu Lawatan Kerja Penanda arasan oleh Bahagian Audit MPHS telah diadakan bertempat di Ibu Pejabat Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Lawatan yang diketuai oleh Encik Law Say Hin, selaku Pengerusi Jawatankuasa Audit MPHS turut dihadiri oleh tiga orang Ahli Majlis MPHS yang lain iaitu Encik Srikanth A/L Santrakandm, Encik Mohamad Faridul Amini Bin Suhaimi dan Encik Aylwin Chan Wai Tuck.

Turut serta pada sesi lawatan ini ialah kakitangan Bahagian Audit Dalam MPHS iaitu Encik Samsul Kamal Bin Abd. Aziz, Puan Siti Aziera Binti Johari dan Puan Maisarah Binti Azmir.

Objektif utama lawatan penandaarasan ini adalah untuk mempelajari proses pengauditan, pelaksanaan mesyuarat jawatankuasa audit dan penglibatan Ahli Majlis dalam mesyuarat audit serta garis panduan pengauditan yang diguna pakai oleh MBPJ.

YBrs. Tuan Hj. Mohamad Zahri bin Hj. Samingon meluangkan masa menyantuni dan beramah mesra bersama MPHS.

Sesi taklimat telah disempurnakan oleh Encik Shahrudin bin Ali, Pengarah Unit dan Cik Noor Najwa binti Said, Penolong Pengarah Audit Dalam MBPJ.

#MalaysiaMadani

#DaripadaAndaUntukAnda

#MajuPerkasaHasilSemua

#HuluSelangorBandarRendahKarbon

#AllahPeliharakanlahHuluSelangor

#MPHSGo

QUICK LINKS

AGENCIES LINK

All rights reserved. © 2024 Hulu Selangor Municipal Council.

Hulu Selangor Municipal Council (HSMC),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Monday - Friday : 8:00am - 5:00pm

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Latest Update : Monday 28 October 2024, 08:33:48.
Total Visitors :
00862723

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

I-TEGUR

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015