Lawatan Penanda Aras daripada Jabatan Penilaian Dan Pengurusan Harta, Majlis Bandaraya Johor Bahru

LAWATAN PENANDA ARAS DARIPADA JABATAN PENILAIAN DAN PENGURUSAN HARTA, MAJLIS BANDARAYA JOHOR BAHRU.

Kuala Kubu Bharu, 18 Disember 2024 – Jabatan Penilaian Dan Pengurusan Harta (JPPH), Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) telah menerima kunjungan daripada Jabatan Penilaian Dan Pengurusan Harta Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) bagi mempelajari kaedah penilaian bagi tujuan cukai harta serta penggunaan sistem penilaian yang terkini yang digunapakai oleh JPPH, MPHS.

Seramai 24 orang kakitangan MBJB yang diketuai oleh Encik Muhamad Syahir bin A Hanan, Timbalan Pengarah JPPH MBJB telah terlibat dalam lawatan ini. Delegasi telah disambut oleh Pengarah Jabatan Penilaian Dan Pengurusan Harta,MPHS iaitu En Amlie bin Ismail serta beberapa pegawai MPHS yang lain.

Program dimulakan dengan ucapan aluan oleh Yang Dipertua MPHS, Puan Julaiha binti Jamaluddin diikuti dengan taklimat berkaitan pengenalan dan pencapaian Jabatan yang disampaikan oleh Pengarah Jabatan, Encik Amlie bin Ismail dan diakhiri dengan taklimat berkaitan sistem yang digunapakai Jabatan yang disampaikan oleh Encik Mohd Assha, Penolong Pegawai Penilaian Kanan JPPH MPHS.

Dalam sesi ini juga, JPPH MBJB turut berkongsi pengalaman dan pengetahuan mengenai penilaian cukai taksiran serta sistem yang digunapakai oleh mereka. Taklimat diakhiri dengan sesi pemberian cenderahati dan sesi bergambar.

#DaripadaAndaUntukAnda

#MajuPerkasaHasilSemua

#HuluSelangorBandarRendahKarbon

#AllahPeliharakanlahHuluSelangor

#MPHSGo

QUICK LINKS

AGENCIES LINK

All rights reserved. © 2024 Hulu Selangor Municipal Council.

Hulu Selangor Municipal Council (HSMC),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Monday - Friday : 8:00am - 5:00pm

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Latest Update : Friday 20 December 2024, 04:01:30.
Total Visitors :
00890718

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

I-TEGUR

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015