Majlis Penembusan Terowong ECRL Serendah 2
Rawang, 1 Julai 2025, Majlis Penembusan Terowong ECRL Serendah 2 telah dirasmikan oleh YBhg.
Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara hari ini. Turut hadir di Majlis ini, YB Dato' Dr. Ahmad Fazli Ahmad Tajuddin, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, YBhg. Datuk Seri Ahmad Darwis Abd Razak,Ketua Pegawai Eksekutif MRL, YBhg. Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Mr. Den Bo, Pengarah Urusan China Communication Construction, YBrs. Puan Julaihah Jamaludin, Yang Dipertua MPHS, Ketua - Ketua Jabatan peringkat Persekutuan, Negeri dan Daerah.
Terowong Serendah 2 merupakan terowong ke 40 dari 41 terowong yang ditembusi sepanjang jajaran. Terowong ini merupakan terowong terpanjang bagi jajaran ECRL di Selangor dengan panjang 9.9km dan terowong kedua terpanjang antara keseluruhan projek. Terowong Serendah 2 ini adalah antara 9 terowong di Negeri Selangor bagi projek ECRL. Untuk rekod, terowong ini juga berjaya siapkan 6 bulan lebih awal dari tarikh jangkaan.
Projek ECRL ini bukan sahaja merupakan jajaran logistik negara tetapi juga bakal menjadi pemangkin ekonomi tempatan. Projek ini merupakan peojek nasional yang bakal menghubungkan bandar-bandar utama dan kawasan perindustrian. Bandar Serendah dijangka bakal menjadi hub logistik yang strategik.
#HuluSelangorBandarRendahKarbon