MAJLIS PERASMIAN DATARAN WARISAN KUALA KUBU BHARU
Kuala Kubu Bharu, 27 April 2025 - Telah berlangsung Majlis Perasmian Dataran Warisan Kuala Kubu Bharu yang telah di sempurnakan oleh Yang Berhormat Puan Jamaliah Jamaluddin, Exco Kesihatan Awam dan Alam Sekitar Negeri Selangor.
Pembinaan dataran ini bukan sekadar projek landskap, tetapi medan perpaduan yang memancarkan jati diri dan sejarah daerah ini.
Kuala Kubu Bharu dibangunkan secara terancang pada tahun 1925, menjadikan KKB sebagai Bandar Garden City pertama di Tanah Melayu.
Justeru, Dataran Warisan KKB dibangunkan sebagai mercu tanda baharu di pintu masuk utama pekan KKB bertujuan bagi meraikan warisan dan sejarah tempatan dengan konsep _Outdoor Museum_ yang menggabungkan landskap moden dan elemen nostalgia pekan lama.
Perlaksanaan projek ini melibatkan 3 fasa bermula 2021 dan siap sepenuhnya pada Ogos 2023 dengan kos perbelanjaan keseluruhan sebanyak 2.4 juta.
Antara keunikannya adalah dari segi rekabentuk yang berunsur kolonial. Terdapat juga papan informasi sejarah, ruang rekreasi dan aktiviti komuniti serta "Galeri sejarah terbuka” untuk semua lapisan masyarakat.
Dataran ini berpotensi untuk dijadikan sebagai platform penting untuk aktiviti komuniti, acara kebudayaan dan mempromosikan semangat warisan yang kita banggakan di Kuala Kubu Bharu.
Pihak majlis berharap fasiliti yang disediakan ini dapat dijaga bersama oleh warga tempatan dan pengunjung demi manfaat jangka panjang.
Turut hadir, YB Pang Sock Tao, ADUN KKB, Puan Julaihah Jamaludin, Yang Dipertua MPHS, Tuan Yuhanas Auree Kamaruddin, Pegawai Daerah Hulu Selangor, Tuan Hasrizul Muhammad Shawal Tukijan, Pegawai Pelancongan Kanan Tourism Malaysia Wilayah Tengah, dan Puan Chua Yee Ling, Pegawai Eksekutif Tourism Selangor Sdn. Bhd.
#HuluSelangorBandarRendahKarbon