PERHIMPUNAN BULANAN APRIL BIL. 4 TAHUN 2025
KUALA KUBU BHARU, 29 APRIL 2025 – Majlis Perhimpunan Bulanan Majlis Perbandaran Hulu Selangor Bil.4 tahun 2025 telah berlangsung di Dewan Merdeka, Kuala Kubu Bharu di mana Jabatan Landskap selaku host perhimpunan pada kali ini dengan bertemakan “Park For All”.
Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Puan Julaihah Jamaludin, Yang Dipertua MPHS. Turut hadir Tuan Awaluddin Zakaria, Setiausaha MPHS, LAr Mohd Fadhil Mohd Lani, Pengarah Jabatan Landskap selaku hos, serta Ahli-ahli Majlis dan Ketua Jabatan MPHS.
Dalam perhimpunan ini, Yang Dipertua telah berkongsi berkaitan 7 Habits kepada kakitangan MPHS bertujuan untuk memupuk budaya kerja yang lebih produktif dan berkesan dalam organisasi.
Yang Dipertua turut menyampaikan penyampaian hadiah kepada pasukan MPHS yang telah berjaya mendapat tempat ketujuh (Team Nova Tech) dan kelapan belas (Team Aspire) di dalam Pertandingan Inovasi MALA 3.0 Piala YB Menteri KPKT tahun 2024-2025 yang telah diadakan di Majlis Bandaraya Johor Bharu baru-baru ini.
Majlis turut dimeriahkan dengan acara pemotongan kek bersempena sambutan Ulang Tahun Ke-11 ANULAE MPHS dan Majlis Penghargaan Budimu Di Sanjung Tuan Awaluddin bin Zakaria Setiausaha MPHS yang akan bertugas ke Majlis Daerah Sabak Bernam pada Mei nanti. Tahniah diucapkan dan Semoga maju jaya tuan!!
#HuluSelangorBandarRendahKarbon