Majlis Sambutan Hari Wesak Peringkat Negeri Selangor 2025
Yang Dipertua MPHS, YBrs. Puan Julaihah Jamaludin hadir di Sambutan Hari Wesak Peringkat Negeri Selangor Tahun 2025 yang berlangsung di Maha Karuna Vihara, Elmina, Shah Alam.
Majlis yang turut dihadiri oleh YB Tuan Ng Sze Han, Exco Pelaburan, Perdagangan & Mobiliti Negeri Selangor merangkap Pengerusi Bersama Jawatankuasa Khas LIMAS, Ven. B. Sri Sarankara Nayaka Maha Thera, barisan Datuk Bandar dan Yang Dipertua pihak berkuasa tempatan serta para pegawai dan kakitangan.
Dalam Majlis ini juga diadakan sesi penyampaian cek bantuan sumbangan LIMAS dan pelbagai persembahan seni kebudayaan yang mencerminkan kepelbagaian dan keharmonian masyarakat berbilang kaum.
#HuluSelangorBandarRendahKarbon