Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-39 KSDK MPHS

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-39 KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN

MAJLIS PERBANDARAN HULU SELANGOR

Kuala Kubu Bharu, 29 April 2025 - Telah berlangsungnya Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-39 Kelab Sukan dan Kebajikan, Majlis Perbandaran Hulu Selangor (KSDK MPHS), yang telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Tuan Awaluddin bin Zakaria, Setiausaha merangkap Timbalan Yang Dipertua MPHS.

Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Yang Berusaha Encik Khairul Anuar bin Khalid, Yang Dipertua KSDK MPHS yang turut menyampaikan amanat penuh inspirasi buat seluruh warga MPHS.Mesyuarat Agung ini menjadi platform penting dalam memperkukuh hala tuju kelab dan membentangkan laporan aktiviti serta kewangan kelab sepanjang 2024 – 2025. Usul yang dibawa oleh ahli kelab bagi mencadangkan penambahbaikan dari segi jenis aktiviti, kebajikan ahli, pengurusan kewangan, atau cara kerja. Ini membantu kelab berkembang lebih baik dan relevan.

Antara pengisian menarik sepanjang program termasuklah tayangan video aktiviti kelab sepanjang tahun 2024-2025, serta cabutan bertuah yang dinanti-nantikan oleh semua para hadirin.

Turut hadir, Puan Julaihah binti Jamaludin, Yang Dipertua MPHS merangkap Penaung KSDK MPHS serta Orang Besar Daerah Hulu Selangor merangkap Penasihat Kelab Sukan dan Kebajikan MPHS.

Mesyuarat Agung Tahunan ini bukan sekadar satu acara tahunan, malah menjadi lambang perpaduan, kesungguhan dan komitmen seluruh ahli. Semoga kelab ini terus cemerlang dan menjadi contoh budaya kerja yang sihat dan sejahtera dalam perkhidmatan awam.

QUICK LINKS

AGENCIES LINK

All rights reserved. © 2025 Hulu Selangor Municipal Council.

Hulu Selangor Municipal Council (HSMC),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Monday - Friday : 8:00am - 5:00pm

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Latest Update : Thursday 15 May 2025, 09:30:14.
Total Visitors :
00982306

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd
PBTPay

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015