Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Bandar Pintar Majlis Perbandaran Hulu Selangor Bil.01/2025

MESYUARAT JAWATANKUASA PEMANDU BANDAR PINTAR MPHS BIL.1/2025

Kuala Kubu Bharu, 23 Mei 2025 (Jumaat) – Pada hari ni telah diadakan Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Bandar Pintar Majlis Perbandaran Hulu Selangor Bil.01/2025 bertempat di Dewan Mesyuarat Chiling, MPHS.

Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YBrs. Puan Julaihah binti Jamaludin, Yang Dipertua MPHS. Turut hadir bersama Encik Shaiful Rizza bin Hj Piamin, Pengarah Jabatan Perbendaharaan, Merangkap Penolong Setiausaha, TPr. Gs. Azlina binti Mokhtar, Pengarah Jabatan Perancang Bandar selaku urusetia jawatankuasa Bandar Pintar MPHS, Pengarah dan Ketua Jabatan serta Penyelaras Bandar Pintar MPHS.

Mesyuarat turut dihadiri oleh Encik Mohd Fazli bin Idris, Pegawai Pegawai Perancang Bandar, Pusat Perancangan Bandar Pintar, PLANMalaysia dan Puan Rosmila binti Adnan, Penolong Pengarah, Bahagian Perancangan Korporat, PLANMalaysia Selangor.

Mesyuarat diadakan bertujuan untuk membentangkan Draf Pelan Tindakan Bandar Pintar Majlis Perbandaran Hulu Selangor 2035 selaras dengan aspirasi Kerajaan Negeri (Selangor Smart State) yang memberi fokus kepada pembangunan mampan dan berteknologi tinggi.

Sesi pembentangan awal telah disampaikan oleh Encik Mohd Fazli bin Idris mengenai Aspirasi dan Hala Tuju Bandar Pintar Malaysia. Seterusnya TPr.Gs. Azlina binti Mokhtar membentangkan perincian Draf Pelan Tindakan Bandar Pintar MPHS 2035.

Puan Yang Dipertua menekankan komitmen penuh MPHS dalam merealisasikan visi sebagai sebuah bandar pintar yang berdaya huni, cekap dan inklusif. Beliau turut menyatakan harapan MPHS pada tahun ini untuk mendapat Penarafan Bandar Pintar melalui Tahap 1 : Smart City Early Adopter dapat dicapai.

#MalaysiaMadani

#KitaSelangor

#DaripadaAndaUntukAnda

#MajuPerkasaHasilSemua

#HuluSelangorBandarRendahKarbon

#AllahPeliharakanlahHuluSelangor

#MPHSGo

#TahunMelawatSelangor2025

QUICK LINKS

AGENCIES LINK

All rights reserved. © 2025 Hulu Selangor Municipal Council.

Hulu Selangor Municipal Council (HSMC),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Monday - Friday : 8:00am - 5:00pm

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Latest Update : Thursday 29 May 2025, 03:31:38.
Total Visitors :
00995811

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd
PBTPay

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015