Mesyuarat Jawatankuasa Siasatan Tempatan dan Pendengaran (JKSTP) Draf Rancangan Kawasan Khas (RKK) Genting Highlands Hulu Selangor

MESYUARAT JAWATANKUASA SIASATAN TEMPATAN DAN PENDENGARAN (JKSTP) DRAF RANCANGAN KAWASAN KHAS (RKK) GENTING HIGHLANDS HULU SELANGOR

Genting Highlands, 3 Jun 2025 – Mesyuarat JKSTP Draf RKK Genting Highlands Hulu Selangor selaras dengan peruntukan di bawah Seksyen 14 (1), Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172]. Ianya susulan daripada Program Publisiti dan Penyertaan Awam yang telah diadakan bermula 3 Disember 2024 sehingga 2 Januari 2025 yang lalu bagi memberi peluang kepada semua Pihak Berkepentingan untuk menyemak Draf RKK Genting Highlands Hulu Selangor. Sebanyak 70 borang maklumbalas telah diterima sepanjang tempoh tersebut melibatkan 5 pihak berkepentingan.

Mesyuarat JKSTP tersebut telah dipengerusikan oleh YB Dato’ Ng Suee Lim Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Kerajaan Tempatan, Pelancongan, Pembangunan Kampung Baru. Turut hadir YBrs. Puan Julaihah binti Jamaludin, Yang Dipertua MPHS serta Pengarah-Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Selangor, Jabatan Mineral dan Geosains Selangor / Wilayah Persekutuan, Jabatan Perhutanan Negeri Selangor dan lain-lain agensi teknikal diperingkat negeri dan daerah.

Jabatan Perancang Bandar MPHS

PLANMalaysia Selangor

#MalaysiaMadani

#KitaSelangorMajuBersama

#MajuPerkasaHasilSemua

#DaripadaAndaUntukAnda

#HuluSelangorDaerahMesraPelabur

#HuluSelangorHabPembuatanPengangkutan

#HuluSelangorBandarRendahKarbon

#AllahPeliharakanlahHuluSelangor

QUICK LINKS

AGENCIES LINK

All rights reserved. © 2025 Hulu Selangor Municipal Council.

Hulu Selangor Municipal Council (HSMC),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Monday - Friday : 8:00am - 5:00pm

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Latest Update : Friday 06 June 2025, 02:25:01.
Total Visitors :
01000141

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd
PBTPay

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015