MESYUARAT PENUH MAJLIS PERBANDARAN HULU SELANGOR BILANGAN 5/2025.
MPHS, 26 Mei 2025, Isnin. Mesyuarat MPHS Bil. 5/2025 telah dipengerusikan oleh YBrs. Puan Julaihah binti Jamaludin, Yang Dipertua MPHS. Turut hadir Tuan Shaiful Rizza bin Haji Piamin, Penolong Setiausaha merangkap Pengarah Perbendaharaan bersama barisan Ahli Majlis, Pengarah Jabatan, Ketua Bahagian/ Unit MPHS.
Sebanyak 8 pembentangan minit Mesyuarat Jawatankuasa dan 1 kertas kerja telah dibentangkan serta dibincangkan dalam mesyuarat penuh majlis tersebut.
Ucapan penangguhan pula telah disampaikan oleh Puan Hayati binti Chat, Ahli Majlis zon 21 dan mesyuarat ditangguhkan pada pukul 11.40 pagi.
#HuluSelangorBandarRendahKarbon