Mesyuarat Penyelarasan Akhir bagi Penyerahan Tandas Awam dan Kawasan Sekitar Seliaan Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) kepada Majlis Daerah Raub (MD Raub)

MESYUARAT PENYELARASAN AKHIR BAGI PENYERAHAN TANDAS AWAM DAN KAWASAN SEKITAR SELIAAN MAJLIS PERBANDARAN HULU SELANGOR (MPHS) KEPADA MAJLIS DAERAH RAUB (MD RAUB).

RAUB, 30 Jun 2025 – Satu mesyuarat Penyelarasan Akhir bagi penyerahan Tandas Awam dan kawasan sekitar seliaan Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) kepada Majlis Daerah Raub (MD Raub) telah diadakan di Bilik Mesyuarat Orkid, MD Raub.

Mesyuarat ini bertujuan menyelaraskan proses akhir penyerahan aset serta memperincikan aspek pengurusan, penyelenggaraan dan peralihan tanggungjawab antara kedua-dua pihak berkuasa tempatan. Mesyuarat turut membincangkan aspek teknikal penyerahan, keperluan penyelenggaraan semasa dan akan datang, serta jangka masa pelaksanaan bagi memastikan peralihan yang lancar tanpa menjejaskan perkhidmatan kepada masyarakat setempat.

Seramai sembilan (9) orang delegasi daripada MPHS telah menghadiri sesi ini, terdiri daripada wakil Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (JPSPPA), Jabatan Landskap, Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta, serta Bahagian Korporat.

Mengetuai delegasi MPHS, Encik Shaiful Rizza bin Haji Piamin, Pengarah Jabatan Perbendaharaan merangkap Penolong Setiausaha MPHS, turut hadir bagi menzahirkan komitmen terhadap perbincangan berkaitan penyerahan secara teratur, telus dan mematuhi garis panduan yang ditetapkan.

Usaha ini merupakan sebahagian daripada komitmen MPHS dalam memastikan pengurusan aset awam terus berkesan dan diselaras secara strategik antara agensi, demi kesejahteraan rakyat dan kecekapan pentadbiran.

#MalaysiaMadani

#KitaSelangor

#DaripadaAndaUntukAnda

#MajuPerkasaHasilSemua

#HuluSelangorBandarRendahKarbon

#AllahPeliharakanlahHuluSelangor

#MPHSGo

#TahunMelawatSelangor2025

QUICK LINKS

AGENCIES LINK

All rights reserved. © 2025 Hulu Selangor Municipal Council.

Hulu Selangor Municipal Council (HSMC),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Monday - Friday : 8:00am - 5:00pm

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Latest Update : Thursday 03 July 2025, 02:09:57.
Total Visitors :
01016672

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd
PBTPay

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015