MPHS Anjur Kursus Pengurusan Jenazah

KURSUS PENGURUSAN JENAZAH KAKITANGAN MPHS BERAGAMA ISLAM (LELAKI & WANITA) 2024.

15 & 17 Oktober 2024 (Selasa & Khamis) bertempat di Masjid Jamek Ar-Rahimah Kuala Kubu Bharu. Kursus pengurusan jenazah ini telah di uruskan oleh Biro Khairat Kematian dan Pengurusan Jenazah, Masjid Jamek Ar-Rahimah KKB.

Seramai 80 orang kakitangan lelaki dan wanita telah dipilih menyertai kursus pada kali ini dengan empat topik utama iaitu bagaimana berhadapan dengan orang dengan orang yang sedang nazak sakaratul maut, bagaimana berhadapan dengan orang yang baru meningal dunia, urusan dokumentasi berkaitan pengurusan jenazah dan rukun pengurusan jenazah yang di sampaikan oleh Tuan Hj Mohd Rosli bin Hj Junid bersama-sama Tn. Hj Idris bin Main dan Ahli Jawatankuasa Biro Khairat Kematian dan Pengurusan Jenazah Masjid Jamek Ar-Rahimah KKB.

Pihak urusetia dari Jabatan Khidmat Pengursan MPHS mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Ahli Jawatankuasa Biro Khairat Kematian dan Pengurusan Jenazah, Masjid Jamek Ar-Rahimah KKB keatas kemudahan, penerangan serta penyampaian yang baik pada kursus ini.

#MPHS2024

#MajuPerkasaHasilSemua

#DaripadaAndaUntukAnda

QUICK LINKS

AGENCIES LINK

All rights reserved. © 2024 Hulu Selangor Municipal Council.

Hulu Selangor Municipal Council (HSMC),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Monday - Friday : 8:00am - 5:00pm

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Latest Update : Friday 25 October 2024, 09:09:38.
Total Visitors :
00861539

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

I-TEGUR

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015