MPHS & Veritas Jayakan Program Tanam Pokok Taman Awam Pintar Teratai

MPHS & VERITAS JAYAKAN PROGRAM TANAM POKOK TAMAN AWAM PINTAR TERATAI

Taman Teratai,Bukit Beruntung, 21 Jun 2025 – Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) dengan kerjasama Veritas Design Group telah menganjurkan Program Tanam Pokok sempena pelancaran projek Taman Awam Pintar Taman Teratai. Program ini disertai lebih 60 orang peserta yang terdiri daripada Ahli Majlis zon, jabatan dalaman MPHS, Veritas Design Group, Sekolah Kebangsaan Bukit Beruntung, KRT Taman Teratai serta persatuan penduduk dan komuniti surau Al Bayan dalam usaha memperkasakan landskap hijau dan pembangunan mampan di kawasan lapang Teratai.

Ucapan perasmian telah disampaikan oleh Tn Shaiful Rizza bin Hj Piamin, Pengarah Perbendaharaan merangkap Penolong Setiausaha MPHS. Dalam ucapan perasmian beliau, turut disentuh kepentingan matlamat pembangunan mampan khususnya SDG 13 (Tindakan terhadap Perubahan Iklim) dan SDG 17 (Perkongsian untuk Matlamat) sebagai asas dalam pembangunan taman ini. Beliau turut mengaitkan usaha ini dengan tema World Landscape Architecture Month (WLAM) 2025 iaitu “Park for All”, yang menekankan keterangkuman, kebolehcapaian dan keadilan dalam penyediaan ruang awam. Beliau juga menjelaskan bahawa pemilihan tapak taman ini adalah amat strategik kerana terletak di tengah-tengah kawasan perindustrian, institusi pendidikan dan kawasan perumahan – menjadikan ia ruang rekreasi yang mudah diakses oleh pelbagai lapisan masyarakat.

Program diteruskan dengan sesi taklimat reka bentuk oleh wakil Veritas Landscape, yang memberikan gambaran awal mengenai ciri-ciri pintar dan mesra komuniti yang bakal diterapkan dalam taman ini.

Seterusnya, sebagai simbolik pelancaran, penanaman pokok Messua Ferrea (Penaga Lilin) oleh Tn Shaiful Rizza bin Hj Piamin dan En. David Mizan Hashim, Presiden Veritas Design Group. Pokok Penaga Lilin (Messua ferrea) yang merupakan pokok rasmi MPHS, melambangkan komitmen pihak berkuasa tempatan terhadap pemuliharaan biodiversiti dan keindahan landskap bandar.

Program ini bukan sahaja memperkukuh jaringan kerjasama antara MPHS dan swasta, malah mencerminkan komitmen bersama dalam membentuk ruang awam hijau yang lestari, moden dan inklusif.

Program ini juga turut di taja oleh beberapa syarikat dibawah rakan strategik Veritas Design Group

MalaysiaMadani

#KitaSelangor

#DaripadaAndaUntukAnda

#MajuPerkasaHasilSemua

#HuluSelangorBandarRendahKarbon

#AllahPeliharakanlahHuluSelangor

#MPHSGo

#TahunMelawatSelangor2025

QUICK LINKS

AGENCIES LINK

All rights reserved. © 2025 Hulu Selangor Municipal Council.

Hulu Selangor Municipal Council (HSMC),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Monday - Friday : 8:00am - 5:00pm

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Latest Update : Monday 30 June 2025, 01:37:46.
Total Visitors :
01013958

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd
PBTPay

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015