OPS MEGA PEMBERSIHAN KAWASAN TERJEJAS LETUPAN PAIP GAS PUTRA HEIGHTS, SUBANG JAYA
Hulu Selangor, 12 April 2025 — Susulan insiden letupan paip gas di Putra Heights, Subang Jaya, Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) telah menggerakkan pasukan bantuan pembersihan melalui Unit Pantas MPHS dengan kekuatan seramai 20 orang anggota dengan 2 kenderaan hilux dan 2 lori roro beserta peralatan sebagai tanda solidariti dan keprihatinan terhadap komuniti yang terjejas.
Flag-off bantuan ini telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Menteri Besar Selangor, menandakan permulaan Ops Mega Pembersihan melibatkan pelbagai agensi kerajaan, sukarelawan dan Komuniti.
YBrs. Puan Julaihah Jamaludin, Yang Dipertua MPHS turut hadir sebagai tanda sokongan dan komitmen MPHS dalam membantu operasi pembersihan kawasan terjejas, termasuk kerja-kerja cantasan pokok dan pengurusan sisa bagi memulihkan persekitaran ke tahap selamat dan kondusif.
Seramai 4,600 sukarelawan telah berganding bahu dalam menjayakan misi pembersihan di kawasan Putra Heights dan Kampung Kuala Sungai Baru. MPHS berbangga dapat turut serta dalam inisiatif berimpak ini yang mencerminkan semangat solidariti, kerjasama antara agensi dan masyarakat dalam menghadapi situasi pasca bencana.
MPHS akan terus komited membantu usaha pemulihan demi kesejahteraan penduduk dan komuniti yang terkesan.
#HuluSelangorBandarRendahKarbon