Pelancaran Buku Selangkah Ke Hadapan: Pengalaman Pentadbir Petaling Dalam Mendepani Covid-19

SHAH ALAM, 27 MEI 2025 : Dato' Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Amirudin Shari telah melancarkan Buku Selangkah Ke Hadapan : Pengalaman Pentadbir Petaling Dalam Mendepani Covid-19 di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur di WTC Kuala Lumpur.

Buku ini merakamkan kisah benar anggota pentadbir Petaling ketika mengurus wabak itu, lima tahun lalu.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata idea untuk menulis buku terbabit dicadangkan beliau bagi memastikan setiap keputusan dan langkah dapat dijadikan sebagai rujukan pada masa depan.

Majlis sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2025 (PBAKL25) di Pusat Dagangan Dunia (WTC) turut dihadiri EXCO Belia Najwan Halimi dan Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) Datin Paduka Mastura Muhamad.

Buku Selangkah Ke Hadapan: Pengalaman Pentadbir Petaling Dalam Mendepani Covid-19 terbitan PPAS boleh dibeli dengan harga RM35 di Pavilion Selangor sepanjang PBAKL25.

MPHS turut merasa bangga kerana salah seorang penulis kini merupakan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hulu Selangor, YBrs. Julaihah Jamaludin. Selain Puan Julaihah, buku ini di tulis bersama Dato' Johary Anuar yang kini merupakan Timbalan Setiausaha Kerajaan( Pembangunan) merangkap Pengarah Upen, Puan Norazlina Yusof dan Puan Normaizatul Ajmal Che Azhar.

QUICK LINKS

AGENCIES LINK

All rights reserved. © 2025 Hulu Selangor Municipal Council.

Hulu Selangor Municipal Council (HSMC),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Monday - Friday : 8:00am - 5:00pm

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Latest Update : Thursday 29 May 2025, 03:31:38.
Total Visitors :
00996239

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd
PBTPay

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015