Pelancaran Pusat Kitar Semula Pandu Lalu (ADTREC) SIDINA, Perkukuh Amalan Kitar Semula Komuniti Setempat

Pelancaran Pusat Kitar Semula Pandu Lalu (ADTREC) SIDINA, Perkukuh Amalan Kitar Semula Komuniti Setempat

Bukit Beruntung, 17 Mei 2025 – Sebuah lagi majlis pelancaran Pusat Kitar Semula Pandu Lalu (ADTREC) SIDINA telah berlangsung dengan jayanya, menandakan pembukaan rasmi pusat tersebut yang kini beroperasi sepenuhnya di Apartmen Dahlia, Bukit Beruntung. Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Yang Berusaha, Tuan Saiful Bahari Bin Ruslan, Ketua Penolong Pegawai Daerah Hulu Selangor.

ADTREC SIDINA memberi peluang kepada komuniti setempat untuk mengitar semula barangan dengan lebih mudah dan efisien, di samping membantu mengurangkan sisa, menjana pendapatan sampingan, serta memupuk budaya kelestarian dan kesedaran alam sekitar. Inisiatif ini merupakan hasil kejayaan permohonan Geran Sejati MADANI oleh Badan Pengurusan Bersama (JMB) Apartmen Dahlia.

Selain daripada pelancaran ADTREC, Bahagian Kelestarian dan Kesejahteraan Komuniti (KesKom) turut mengambil peluang untuk membuka reruai SIDINA UCO dan e-waste. Program ini telah berjaya mengumpulkan minyak masak terpakai sebanyak 176.95 kilogram dan e-waste sebanyak 7 unit bersamaan dengan 10.95 kilogram.

Usaha ini bukan sahaja memudahkan penduduk melaksanakan tanggungjawab kepada alam sekitar, malah turut memberi impak positif dari segi kesedaran, kerjasama komuniti, dan kelestarian bumi pada jangka masa yang panjang. Diharapkan inisiatif sebegini dapat diperluaskan ke lebih banyak kawasan sebagai langkah proaktif menuju bandar yang lebih lestari.

#MalaysiaMadani

#KitaSelangor

#DaripadaAndaUntukAnda

#MajuPerkasaHasilSemua

#HuluSelangorBandarRendahKarbon

#AllahPeliharakanlahHuluSelangor

#MPHSGo

#TahunMelawatSelangor2025

#SIDINAUCO

#e-waste

#MPHS

#SejatiMadani #KitarSemula #Trash4Cash

QUICK LINKS

AGENCIES LINK

All rights reserved. © 2025 Hulu Selangor Municipal Council.

Hulu Selangor Municipal Council (HSMC),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Monday - Friday : 8:00am - 5:00pm

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Latest Update : Friday 23 May 2025, 09:43:02.
Total Visitors :
00992747

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd
PBTPay

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015