LAPORAN PEMANTAUAN TAPAK BINA DI DALAM KAWASAN PENTADBIRAN MAJLIS PERBANDARAN HULU SELANGOR
Kuala Kubu Bharu, 14 April 2025 – Pihak Jabatan Bangunan,MPHS telah melakukan pemantauan dan pemeriksaan bagi tapak projek yang sedang dalam pembinaan. Pemantauan tersebut merangkumi tapak pembinaan perumahan, perniagaan dan kemudahan awam.
Kawasan yang terlibat dalam pemantauan tersebut adalah di kawasan Batang Kali, Hulu Yam, Antara Gapi, Rasa dan Bukit Beruntung.
Tujuan pemantauan ini diadakan adalah bagi memastikan pihak pemaju,perunding dan kontraktor mematuhi peraturan tapak bina yang telah ditetapkan seperti pemasangan hoarding, papan tanda projek dan sebagainya.
Selain itu, ia juga bagi memastikan bangunan yang dibina mengikut kelulusan pelan bangunan yang telah diluluskan oleh pihak Majlis.
Pihak Majlis berharap pihak pemaju, perunding dan kontraktor di dalam kawasan pentadbiran MPHS dapat mematuhi peraturan tapak pembinaan yang ditetapkan bagi memastikan projek yang dibina dapat disiapkan selaras seperti kelulusan pihak Majlis demi menjaga kelestarian daerah Hulu Selangor.
#HuluSelangorBandarRendahKarbon