Pembangunan Bandar Industry Bernilai Tinggi Serendah Terima Anugerah Malaysia Institute Planner Planning Excellence Award

Pembangunan Bandar Industri Bernilai Tinggi Serendah telah menerima anugerah MIPPEA 2024 AWARD DESIGN EXCELLENCE Masterplanned Development - Large Scale (250 Acres & Above) bagi pemajuan UMW Development Sdn Bhd seluas 861 ekar di Serendah.

Anugerah telah disampaikan pada malam MIPPEA Presentation Night di Majestic Hotel Kuala Lumpur. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YAB Dato Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia.

En. Eric Chew, Director UMW Development Sdn. Bhd. dan En. TPr. Shamsol Jefri Zainal Abidin, Prinsipal SAM Planners Sdn. Bhd. bersama - sama YBrs. Puan Julaihah Jamaludin dan TPr. Gs. Azlina Mokhtar naik ke pentas bagi menerima anugerah berkenaan.

Untuk rekod, pembangunan Bandar Industri Bernilai Tinggi Serendah telah bermula pada tahun 2015 dengan pembinaan UMW Aerospace dan seterusnya UMW Campus. Selain itu, ia juga menempatkan industri bernilai tinggi seperti Longi Malaysia Berhad dan PERODUA. Pemajuan kini di fasa akhir seluas 250 ekar dan terus menarik pelaburan bernilai tinggi ke kawasan ini.

Sebelum ini Bandar Industri ini telah menerima pengiktirafan dibawah Low Carbon City Framework (LCCF) dan pihak MPHS terus bekerjasama dengan pihak pemaju dalam membangunkan kawasan perindustrian yang mampan selaras SDG 8, SDG 9, SDG 11 dan SDG 17.

#DaripadaAndaUntukAnda

#MajuPerkasaHasilSemua

#HuluSelangorBandarRendahKarbon #AllahPeliharakanlahHuluSelangor

#MPHSGo

#VisitHuluSelangor

QUICK LINKS

AGENCIES LINK

All rights reserved. © 2025 Hulu Selangor Municipal Council.

Hulu Selangor Municipal Council (HSMC),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Monday - Friday : 8:00am - 5:00pm

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Latest Update : Monday 24 February 2025, 11:56:16.
Total Visitors :
00941512

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

PBTPay

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015