TA’SEEM 2025 PERINGKAT NEGERI SELANGOR BERLANGSUNG DENGAN JAYANYA
"Pertandingan Tarian TA'SEEM 2025 Cungkil Bakat Anak Selangor"
Bakat-bakat hebat anak Selangor menyerlah di pentas TA'SEEM 2025. Syabas kepada semua peserta dan guru pembimbing!
Kuala Kubu Bharu, 26 April –
Pertandingan Tarian Sekolah-Sekolah Malaysia (TA'SEEM) Peringkat Negeri Selangor 2025 telah berlangsung dengan penuh meriah di Auditorium Haji Mansor, Akademi Bomba Kuala Kubu Bharu.
Program anjuran Jabatan Pendidikan Negeri Selangor ini menghimpunkan penyertaan 105 murid sekolah rendah & menengah dari seluruh negeri dalam usaha memartabatkan seni budaya tradisional dan mencungkil bakat generasi muda.
Pelbagai kategori dipertandingkan melibatkan Tarian Solo, Duo Tradisional, Rampai Tradisional Berkumpulan dan Tari Pencak Silat. Berikut adalah antara pemenang utama:
TasEem Solo (SR): SK Serendah, SK Bandar Baru Batang Kali, SK Bukit Beruntung
TasEem Duo (SM): SMK Taman Bunga Raya 1, SMK Serendah
Busana Terbaik: SK Serendah (SR), SMK Taman Bunga Raya 1 (SM)
Tarian Tradisional Berkumpulan (SR): SK Bukit Beruntung 2, SK Bandar Baru Batang Kali, SK Serendah
Tari Pencak Silat Berkumpulan (SM): SMK Taman Bunga Raya 1, SMK Dato' Hj Kamarudin, SMK Serendah
Penganjur mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua peserta, guru pembimbing dan warga pendidikan yang telah menjayakan acara ini.
Pertandingan ini diharapkan dapat menjadi platform berterusan untuk memperkukuh apresiasi seni budaya di kalangan murid, seiring aspirasi Malaysia MADANI.
#KITASELANGOR MAJU BERSAMA #MALAYSIA MADANI #BERKHIDMAT UNTUK NEGARA #TASEEM2025 #SeniBudaya #NegeriSelangor #HuluSelangor