Program Bazar Buku 2025 Hulu Selangor

PROGRAM BAZAR BUKU 2025 HULU SELANGOR

23 JANUARI 2025, KUALA KUBU BHARU : Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hulu Selangor, Puan Julaihah binti Jamaludin telah memenuhi jemputan ke Program Bazar Buku 2025 Hulu Selangor Yang diadakan di Perpustakaan Syed Mashor, Kuala Kubu Bharu.

Program ini berlangsung selama 4 hari bermula pada 23 hingga 26 Januari 2025. Pelbagai pengisian aktiviti yang dijalankan bersesuaian dengan semua lapisan umur kanak- kanak, remaja dan dewasa seperti jualan buku, pertandingan catur dan pelbagai lagi.

Turut hadir Datin Paduka Mastura bt Hj Muhamad, Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor.

Semua warga Hulu Selangor dijemput hadir bagi memeriahkan program ini dengan membawa bersama ahli keluarga, saudara mara, rakan-rakan dan kenalan. Jangan lepaskan peluang ini sehingga tarikh tamat program.

#DaripadaAndaUntukAnda

#MajuPerkasaHasilSemua

#HuluSelangorBandarRendahKarbon

#AllahPeliharakanlahHuluSelangor

#MPHSGo

QUICK LINKS

AGENCIES LINK

All rights reserved. © 2025 Hulu Selangor Municipal Council.

Hulu Selangor Municipal Council (HSMC),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Monday - Friday : 8:00am - 5:00pm

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Latest Update : Tuesday 25 February 2025, 00:32:33.
Total Visitors :
00941897

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

PBTPay

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015