Program Kempen Sayangi Sungai dan Plogging Plus @ Air Terjun Serendah

Program Kempen Sayangi Sungai dan Plogging Plus @ Air Terjun Serendah

Serendah, 17 Mei 2025 – Program Kempen Sayangi Sungai anjuran Bahagian Kelestarian dan Kesejahteraan Komuniti (KesKom), JPSPPA dan Plogging Plus+ hari ini bersama rakan strategik, Sustainable Solution telah berjaya mengumpul sebanyak 111.30 kilogram sampah di salah satu kawasan rekreasi yang menjadi tumpuan orang ramai iaitu di Air Terjun Serendah.

Sisa yang berjaya dikumpul termasuk lampin bayi, bahan logam seperti besi dan tin, plastik sekali guna, botol plastik dan kaca, kertas, polisterin, fabrik dan lain-lain. Kesemua sisa ini akan dikumpulkan terlebih dahulu, kemudian diasingkan mengikut jenis dan ditimbang di akhir acara. Hasil kutipan sisa pada hari ini akan direkodkan sebagai salah satu usaha untuk memantau jumlah sampah yang berjaya dikurangkan di kawasan air terjun ini.

Program ini telah dihadiri oleh pelbagai lapisan masyarakat, termasuk sukarelawan alam sekitar, wakil daripada Kolej Komuniti Hulu Selangor, kakitangan MPHS dan lain-lain.

Diharapkan program seperti ini dapat menyemai budaya cintakan alam sekitar, khususnya di kawasan rekreasi. Kawasan rekreasi merupakan harta bersama yang perlu dipelihara oleh semua. MPHS percaya dengan kerjasama semua pihak, kita mampu memperkukuh usaha menjaga kebersihan sungai demi kesejahteraan bersama.

#MalaysiaMadani

#KitaSelangor

#DaripadaAndaUntukAnda

#MajuPerkasaHasilSemua

#HuluSelangorBandarRendahKarbon

#AllahPeliharakanlahHuluSelangor

#MPHSGo

#TahunMelawatSelangor2025

QUICK LINKS

AGENCIES LINK

All rights reserved. © 2025 Hulu Selangor Municipal Council.

Hulu Selangor Municipal Council (HSMC),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Monday - Friday : 8:00am - 5:00pm

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Latest Update : Friday 23 May 2025, 09:43:02.
Total Visitors :
00992819

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd
PBTPay

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015