Program Kitar Semula SIDINA UCO Raih 97kg Minyak Masak Terpakai dan 8kg E-Waste

Program Kitar Semula SIDINA UCO Raih 97kg Minyak Masak Terpakai dan 8kg E-Waste!

Bukit Sentosa, 14 Disember 2024 – Program kitar semula minyak masak terpakai SIDINA UCO, anjuran Bahagian Kelestarian dan Kesejahteraan Komuniti (KesKom) Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS), berjaya mencatat pengumpulan sebanyak 97 kilogram minyak masak terpakai sempena Hari Tanpa Kenderaan yang berlangsung di Jalan Orkid, Bukit Sentosa.

Kejayaan ini mencerminkan sokongan aktif komuniti terhadap usaha kelestarian alam sekitar, sekali gus menyumbang kepada pengurangan pelepasan gas karbon dioksida. Inisiatif ini juga bertujuan meningkatkan kesedaran orang ramai tentang bahaya pencemaran akibat pelupusan minyak masak secara tidak terkawal.

Dalam pada itu, syarikat ERTH (Electronic Recycling Through Heroes) turut mengambil bahagian dengan membuka gerai khas bagi pengumpulan sisa elektronik. Sebanyak 8 kilogram e-waste berjaya dikumpulkan, merangkumi barangan seperti telefon bimbit, penggoreng udara, tablet, kamera, dan periuk nasi. Aktiviti ini menekankan kepentingan pengurusan sisa elektronik yang mampan demi mengurangkan kesan buruk kepada alam sekitar.

Inisiatif sebegini adalah sebahagian daripada komitmen pihak berkuasa tempatan untuk menggalakkan komuniti mengamalkan gaya hidup lestari. Melalui program seperti ini, kita bukan sahaja dapat memupuk kesedaran, tetapi juga menggalakkan tindakan yang membawa manfaat jangka panjang kepada alam sekitar dan generasi akan datang.

Amalan kitar semula, termasuk minyak masak terpakai dan sisa elektronik, dilihat sebagai langkah kritikal dalam usaha memelihara kebersihan dan kelestarian bumi. MPHS berharap inisiatif ini dapat diteruskan serta diperluaskan untuk mencapai komuniti yang lebih hijau dan mampan.

#DaripadaAndaUntukAnda

#MajuPerkasaHasilSemua

#HuluSelangorBandarRendahKarbon

#AllahPeliharakanlahHuluSelangor

#MPHSGo

QUICK LINKS

AGENCIES LINK

All rights reserved. © 2024 Hulu Selangor Municipal Council.

Hulu Selangor Municipal Council (HSMC),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Monday - Friday : 8:00am - 5:00pm

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Latest Update : Friday 20 December 2024, 04:01:30.
Total Visitors :
00890800

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

I-TEGUR

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015