Program Klinik Kompos SeRuKo SIDINA bersama taklimat Amalan Baik Pengurusan Sisa di JMB

BUKIT SENTOSA, 16 Ogos 2025 – Bahagian Kelestarian dan Kesejahteraan Komuniti (KesKom), Jabatan Perkhidmatan Perbandaran dan Pengurusan Alam Sekitar (JPSPPA) Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) telah menganjurkan Program Klinik Kompos SeRuKo SIDINA bersama taklimat Amalan Baik Pengurusan Sisa di JMB bertempat di Apartmen Seri Bakawali.

Program yang menghimpunkan seramai 16 peserta terdiri daripada ahli Jawatankuasa Badan Pengurusan Bersama (JMB) ini bertujuan memperkukuh budaya kelestarian melalui pengurusan sisa yang sistematik serta amalan hijau di kawasan perumahan strata.

Majlis dimulakan dengan ceramah mengenai teknik asas penghasilan kompos daripada sisa dapur dan makanan menggunakan kaedah semburan, diikuti demonstrasi praktikal oleh PPKP Liana. Peserta turut diberi peluang menyertai kuiz interaktif menggunakan aplikasi Kahoot yang menguji pengetahuan mereka tentang isu kelestarian alam sekitar.

Seterusnya, PPKP Azmiera menyampaikan taklimat berkaitan amalan baik pengurusan sisa, termasuk kaedah pembuangan sampah yang betul, isu kebersihan sekitar kawasan strata serta pengurusan sisa pukal. Sesi ini turut membuka ruang kepada peserta untuk mengemukakan persoalan dan berkongsi pandangan mengenai cabaran serta langkah penyelesaian terhadap masalah kebersihan di komuniti masing-masing.

Penganjuran program ini diharap dapat mengukuhkan kerjasama erat antara penduduk, JMB dan pihak MPHS dalam membudayakan amalan kelestarian komuniti. Usaha berterusan ini selari dengan matlamat mengurangkan sisa pepejal ke tapak pelupusan sekaligus memupuk gaya hidup hijau dalam kalangan masyarakat Hulu Selangor.

Inisiatif ini juga secara langsung menyokong beberapa Matlamat Pembangunan Lestari (SDGs) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), khususnya SDG 11: Bandar dan Komuniti Mampan, meningkatkan kualiti kehidupan komuniti melalui pengurusan sisa yang lebih baik. SDG 12: Penggunaan dan Pengeluaran Bertanggungjawab – menggalakkan amalan kitar semula dan kompos. SDG 13: Tindakan Terhadap Perubahan Iklim – mengurangkan pelepasan gas rumah hijau melalui pengurangan sisa ke tapak pelupusan. SDG 15: Kehidupan di Daratan – memelihara alam sekitar melalui pengurusan sisa yang lestari.
Dengan adanya sokongan dan penyertaan komuniti, Hulu Selangor terus bergerak sebagai sebuah Bandar Rendah Karbon yang lestari dan sejahtera.

#MalaysiaMadani
#KitaSelangor
#DaripadaAndaUntukAnda
#MajuPerkasaHasilSemua
#HuluSelangorBandarRendahKarbon
#AllahPeliharakanlahHuluSelangor
#KesKom
#MPHSGo
#SDG11 #SDG12 #SDG13 #SDG15

QUICK LINKS

AGENCIES LINK

All rights reserved. © 2025 Hulu Selangor Municipal Council.

Hulu Selangor Municipal Council (HSMC),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Monday - Friday : 8:00am - 5:00pm

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Latest Update : Friday 22 August 2025, 00:04:39.
Total Visitors :
01054908

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd
PBTPay

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015