Program Pendidikan Komuniti Strata Majlis Perbandaran Hulu Selangor 2024

PROGRAM PENDIDIKAN KOMUNITI STRATA MAJLIS PERBANDARAN HULU SELANGOR 2024

23 Oktober 2024 , Kuala Kubu Bharu - Bahagian Pesuruhjaya Bangunan (COB) MPHS telah menganjurkan Program Pendidikan Komuniti Strata Majlis Perbandaran Hulu Selangor 2024 bertempat di Dewan Seminar Perpustakaan Syed Mashor.

Kursus ini dihadiri 68 oleh orang peserta yang terdiri daripada anggota-anggota Jawatankuasa dan kakitangan JMB/MC/Ejen dalam kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Kursus ini diadakan bertujuan untuk memberikan lebih pemahaman dan penjelasan kepada anggota-anggota Jawatankuasa dan kakitangan JMB/MC/Ejen Pengurusan berkaitan tatacara pentadbiran, pengurusan kewangan, pengurusan penyenggaraan dan pematuhan perundangan ( penguatkuasaan ).

Kursus pada kali ini memberikan lebih penekanan kepada prosedur penguatkuasaan JMB/MC bagi memberikan kefahaman berkaitan proses pelaksanaan penguatkuasaan di peringkat JMB/MC.

Kursus telah dilaksanakan dengan sesi ceramah dan taklimat daripada:

i. JMB Seri Bakawali, Bukit Sentosa

- Perkongsian 'Best Practice' JMB Sri Bakawali dan Tips-tips Jalinan Kerjasama dengan Agensi-agensi Kerajaan/Bukan Kerajaan oleh Encik Zulkifli bin Ab Rahman, Pengurus Bangunan JMB Sri Bakawali.

ii. Bahagian Pesuruhjaya Bangunan MPHS

- Taklimat Prosedur Penguatkuasaan JMB/MC oleh PMgr. Nabilah Ajmal binti Amir Kamaludin, Penolong Pegawai Penilaian, Bahagian Pesuruhjaya Bangunan MPHS.

Pihak Bahagian Pesuruhjaya mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua peserta yang telah hadir dengan jayanya pada program tersebut.

Diharapkan agar penganjuran kursus ini yang bertepatan dengan matlamat Pembangunan Mampan SDG 4: Pendidikan Berkualiti akan dapat memberikan manfaat kepada para peserta dan seterusnya akan dapat meningkatkan penyampaian perkhidmatan di peringkat JMB/MC/Ejen Pengurusan dalam kawasan pentadbiran Hulu Selangor.

#DaripadaAndaUntukAnda

#MajuPerkasaHasilSemua

#HuluSelangorBandarRendahKarbon

#AllahPeliharakanlahHuluSelangor

#MPHSGo

QUICK LINKS

AGENCIES LINK

All rights reserved. © 2024 Hulu Selangor Municipal Council.

Hulu Selangor Municipal Council (HSMC),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Monday - Friday : 8:00am - 5:00pm

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Latest Update : Monday 28 October 2024, 08:33:48.
Total Visitors :
00862679

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

I-TEGUR

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015